Makan Angin Atau Makan Diri? 7 Percutian Ekstrem Di Dunia Yang Mengepam Adrenalin Anda

Sekiranya anda sudah jemu dengan percutian ‘normal’, berikut tujuh destinasi dan aktiviti lasak yang boleh tersenarai dalam impian anda:

1. Paragliding

Melihat seluruh pemandangan Blue Lagoon di Oludeniz, Turkey dari atas melalui paragliding atau luncur udara ini automatik membuatkan anda mengagumi kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.

2. Gorilla Safari

Meneroka hutan di Uganda ini akan membuatkan jantung anda berdetak kencang sebab nun jauh di sana, anda berpeluang untuk melihat sekumpulan gorilla gunung secara dekat seperti dalam cerita Tarzan.

3. Meluncur Ombak

Adakah anda tidak takut dilambung ombak? Jika begitu, boleh cuba papan luncur dalam ombak yang bergerak. Ombak paling kuat dan tidak dapat dijangka untuk diluncur terletak di kepulauan French Polynesian jajahan Perancis.

4. Buat Aksi Stunt

Organisasi Thrillseekers Unlimited ini menawarkan pengalaman percutian unik di mana anda dapat merasai bagaimana menjadi pelakon lagak ngeri dalam filem-filem aksi di Hollywood misalnya mengangkat senjata berat pergi berperang dan melompat ke udara kesan daripada letupan.

5. Berlari Dengan Lembu Jantan Di Sepanyol

Setiap tahun, wilayah Pamplona di Sepanyol mengadakan acara lari bersama lembu jantan dalam festival San Femin. Lembunya pula besar-besar dan bertanduk tajam yang boleh membuatkan anda berlari tak cukup tanah.

6. Terjun Ke Dalam Gunung Berapi

Terjun dari helikopter itu satu hal, kemudian ‘selam’ pula di atas lava gunung berapi di Pucon, Chile. Tipulah kalau tak menangis panggil mak.

7. Shark Cage Diving

Anda akan ‘terperangkap’ di dalam sebuah sangkar besi sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam laut yang penuh dengan ikan jerung di Gansbaai, Afrika Selatan.

Macam mana, ada berani?

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca