Bergosip di Binalonan iaitu sebuah pekan di Filipina kira-kira 200 kilometer utara Manila diperuntukkan sebagai satu larangan.
Larangan tersebut diletakkan di bawah undang-undang baharu bagi mengelakkan khabar angin tersebar dalam kalangan masyarakat.
Seseorang itu akan dianggap sebagai pesalah apabila dia bercakap tentang keburukan seseorang di Binalonan. Pada masa yang sama, dia juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
Buat kali pertama, pesalah yang bergosip akan dikenakan denda sebanyak $3.80 (RM15.80) dan mengutip sampah di jalanan selama 3 jam.
Mereka yang tidak serik dan masih menjadi pak cik atau mak cik ‘bawang’ pula akan dikenakan denda sehingga $20 (RM83) dan menyertai khidmat masyarakat selama 8 jam.
Sumber: