Majoriti Ahli Parlimen Pakatan Harapan Calonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Hari ini, ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Keadilan, Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara telah bersetuju untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan, PH terus berusaha untuk mempertahankan mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat pada 9 Mei 2018 walaupun ada cubaan untuk menumbangkan kerajaan PH.

PH tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang.

Memetik kenyataan Datuk Seri Anwar ketika sidang media ringkas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini, “PH tidak akan khianati amanah kepada rakyat.”

Menurutnya lagi, “Sekarang ini semua kegiatan haruslah terhenti dan menunggu keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.”

“Semua harus hormat kebijaksanaan, keputusan dan budi bicara Tuanku mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Untuk baca artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca