Majlis Perbandaran Subang Jaya Kini Berstatus Bandar Raya

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinaik taraf menjadi bandar raya ketiga di Selangor selepas Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, selain MPSJ, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) juga diberikan kelulusan untuk beralih menjadi majlis perbandaran selepas ini.

Jelas beliau, “Semalam kita telah mendapat pengesahan bahawa MDKL telah dipersetujui dan diluluskan Kabinet untuk diangkat sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat.

“Semalam juga, ketika saya bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, beliau secara peribadi menyampaikan kepada saya maklumat itu. Kali ini bukan secara lisan tetapi dengan surat Kabinet yang bersetuju menaik taraf MPSJ kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya sebagai mana yang kita gariskan dan cadangkan.”

Beliau juga menyatakan bahawa pencapaian tersebut adalah sejajar dengan sasaran tahun 2019 Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti dan taraf pihak berkuasa tempatan di Selangor.

Katanya, selain itu, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) juga bakal dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Oleh kerana Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bakal dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pihak tersebut dilihat sedang giat melengkapkan beberapa kriteria sebelum permohonan dimajukan ke peringkat lebih tinggi.

Untuk membaca artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca