KONGSIKAN

Majlis penyampaian sumbangan program mutiara minda kepada rumah anak yatim yang berlangsung  semalam di MPH Nu sentral. Sebanyak 10 pertubuhan anak yatim di Malaysia menerima sumbangan wang dan baucar buku daripada MPH bookstores Sdn. Bhd.

Turut hadir ketua pegawai operasi MPH Bookstore, Donald Kee dan pengarah projek MPH Mutiara Minda, Zulina Zubir.

Kempen yang bertemakan   “membaca sambil beramal.” telah mendapat sambutan yang baik daripada pembeli. Program mutiara minda merupakan usaha MPH-mutiara minda bagi meringankan beban terutamanya dalam mentadbir rumah anak-anak yatim.

Lejen press yang  merupakan rakan terbitan turut memberi sokongan penuh kepada usaha murni MPH sdn bhd dalam melaksanakan kempen “Membaca sambil beramal.”

 

Semoga program seperti ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.