Mainan Hilang Dalam Banjir, Cerita Kanak-Kanak Lelaki Ini Undang Sebak Ramai

Ketika banjir besar melanda beberapa buah negeri pada minggu lalu, ramai orang kehilangan banyak harta benda seperti perabot, komputer riba dan kereta.

Situasi ini turut dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki apabila mainannya hilang dibawa arus banjir. Menerusi video yang dimuat naik oleh @annejuatanne di akaun TikTok beliau, seorang kanak-kanak lelaki dilihat sangat matang dalam menjawab soalan berkenaan robot yang baru sahaja dibeli sudah hanyut dibawa arus banjir.

Dalam video itu, kanak-kanak terbabit dilihat sedang membantu keluarganya membersihkan rumah mereka yang rosak kerana banjir. Kanak-kanak itu kemudiannya berkongsi mengenai permainan robot yang baru dia beli tempoh hari hilang kerana dibawa arus banjir.

Sumber: TikTok @annejustanne

“Apa yang paling saya sedih ialah robot yang baru saya beli dah kena siram dengan air,” ujarnya.

Kanak-kanak itu menjelaskan robot mainan tersebut baru sahaja sampai sehari sebelum banjir berlaku. Ketika bangun dari tidur keesokan harinya, dia mendapati air sudah berada di paras pinggang. Dia hanya mampu melihat robot itu yang sudah jauh dihanyutkan arus deras banjir.

“Semasa saya beli robot itu, saya tengoklah dekat luar. Eh! Dah sampai barang. Apabila saya bangun pukul 10 pagi pada keesokan harinya, air dah sampai paras pinggang. Saya tengok mainan dah terkeluar dan dah pergi jauh. Tak nampak dah,” tambahnya.

Ketika ditanya apa perasaannya apabila melihat semua permainannya telah hilang, dia hanya menjawab ringkas, “Menyerah sahaja lah.”

Walaupun jelas kelihatan sedih, kanak-kanak itu tetap tersenyum. Pada waktu artikel ini ditulis, video berdurasi 30 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan 150,300 tanda suka di TikTok.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca