Main ‘Game’ 22 Jam Sehari, Remaja Ini Lumpuh Tangan Kiri

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang remaja di Nanjing, China ini diserang angin ahmar selepas bermain permainan video untuk 22 jam tanpa henti setiap hari.

Memetik laporan Daily Mail, remaja yang dikenali sebagai Xiaobin itu tidak boleh menggerakkan tangan kirinya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama satu bulan. Xiaobin telah dikejarkan ke hospital selepas remaja itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ibu Xiaobin menjelaskan bahawa anaknya telah bermain permainan video selama 22 jam setiap hari sepanjang duduk di rumah kerana sekolah ditutup akibat pelaksanaan perintah berkurung.

Apabila wanita itu bertanya kepada Xiaobin apa yang dilakukan olehnya di dalam bilik lama-lama, lelaki berusia 15 tahun itu memberi alasan sedang menghadiri kelas dalam talian.

Ibu bapa Xiaobin hanya dapat tahu tentang aktiviti harian cahaya mata mereka selepas terdengar perbualan remaja ini dengan rakan-rakannya.

Lelaki itu mengadu kepada rakan-rakannya dia tidak cukup rehat kerana hanya tidur selama dua jam setiap hari. Selepas dikejarkan ke hospital, keputusan imbasan CT mendedahkan remaja itu mengalami strok serebrum dan hilang deria rasa pada tangan kirinya.

Menurut doktor yang merawat Xiaobin, keadaan ini berlaku kerana gaya kehidupan yang tidak sihat di mana dia selalu bermain permainan video dan selalu berjaga malam.

Untuk pengetahuan anda, kejadian ini berlaku pada Mac lalu. Xiaobin masih lagi menerima rawatan di hospital sehingga ke hari ini. Doktor juga mengesahkan bahawa ia sukar untuk menentukan bila remaja ini akan sembuh sepenuhnya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca