“Mai Sini,” Abang Cabar 2 Timbalan Menteri Tuduh Veveonah Menipu Datang Ke Pitas

Nama Veveonah Mosibin menjadi topik perbualan hangat warganet sehingga trending di laman sosial Twitter pada Selasa selepas dia didakwa menipu kerana mahu mengejar populariti.

Sumber: YouTube Veveonah M.

Segala-galanya bermula apabila gadis berusia 18 tahun itu sukar untuk mendapat capaian internet dan keadaan itu sekali gus memaksa dirinya memanjat pokok dan bukit di kediamannya yang bertempat di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

Kesukaran Veveonah yang pada ketika itu perlu menjalani peperiksaan dalam talian didakwa hanya sekadar kisah palsu dan dia berbuat demikian untuk menaikkan nama sendiri semata-mata.

“Saya bekerja keras untuk menjalani peperiksaan dalam talian beberapa bulan lalu dan saya tidak menyangka ia akan tular sedemikian rupa.

Kali ini, berita mengenai saya tular lagi tapi dengan kesan yang tidak baik,” coret Veveonah menerusi akaun Facebook miliknya.

Sumber: The Star

Susulan itu, ramai pihak tampil menyelar Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan berkenaan sehingga menyebabkan remaja itu dikecam teruk oleh rakyat Malaysia.

Zahidi menerusi satu perkembangan tampil menjelaskan beliau menerima maklumat berkaitan Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet daripada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan 1.

Sumber: YouTube Veveonah M.

Memetik laporan Astro Awani, Abdul Rahim memberitahu bahawa Veveonah yang juga merupakan seorang YouTuber tiada peperiksaan pada hari tersebut.

Semalam, abang kepada Veveonah, telah menjemput Abdul Rahim dan Zahidi untuk turun sendiri ke perkampungan bagi melihat realiti sebenar kehidupan penduduk di sana sebelum membuat apa-apa andaian.

“Kalau kau YB, turun padanglah. Masuk semua kampung pedalaman dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung. Baru kau tahu,” tulisnya di laman Facebook.

Terbaharu, Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan bahawa Veveonah memang tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian pada waktu itu.

Beliau sendiri dilaporkan telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS bagi mendapatkan gambaran sebenar berkenaan perkara itu.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca