Mahukan Gaji Lumayan, Wanita Ini Dipenjara Selama 2 Tahun Selepas ‘Kantoi’ Tipu Resume

Siapa di antara pembaca yang masih berada dalam fasa mencari pekerjaan? Pastinya, anda memerlukan masa yang banyak untuk menghasilkan resume terbaik sebagai cara agar memperoleh jawatan yang dipohon.

Begitu juga dengan Veronica Hilda Theriault tetapi dia menerima hukuman penjara pula sebagai jawapannya! Veronica dipenjara selama dua tahun selepas didapati bersalah memalsukan maklumat peribadinya bagi mendapatkan pekerjaan di salah sebuah agensi kerajaan di Australia.

Wanita berusia 46 tahun itu didapati bersalah menipu dan memalsukan maklumat peribadi melibatkan permohonan pekerjaan sebagai ketua pegawai maklumat dengan gaji tahunan sebanyak RM770,776 pada 2017.

Rupa-rupanya, Veronica pernah bekerja di Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet Australia selama lebih sebulan dan memperoleh kira-kira RM94,206 sebulan sebelum dipecat disebabkan kesalahan menipu!

Wanita itu mengaku bersalah terhadap semua tuduhan dan menerima hukuman 25 bulan.

Veronica berikan maklumat peribadi kepada jabatan dengan maklumat palsu yang berkaitan dengan pendidikan dan pekerjaannya terdahulu.

Apabila dia dipanggil untuk sesi temu duga pula, wanita itu dikhabarkan akan ‘berlakon sebagai majikan’ di mana dia akan memberikan maklum balas yang hebat mengenai prestasinya sendiri.

Walau bagaimanapun, pembohongannya tidak berakhir di situ. Menurut laporan CNN 7 News, Veronica menggunakan gambar seorang supermodel iaitu Kate Upton untuk foto profil LinkedIn miliknya.

Sekiranya pembaca tertanya-tanya di mana pengakhiran kepada pembohongan yang dilakukan oleh Veronica, kisahnya mungkin tidak akan ada pengakhiran.

Dilaporkan bahawa Veronica telah mengupah abangnya kerana dia tidak mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan tugasnya sebaik sahaja dia mula bekerja di tempat kerjanya pada bulan Ogos lalu.

Majikannya menjadi curiga selepas jabatan mendapati bahawa tahap kesihatan mentalnya merosot tidak lama selepas mula bekerja.

Hakim Michael Boylan dalam ucapan penghakimannya berkata bahawa dia telah mengambil perhatian terhadap kesihatan mental Veronica tetapi dia menambah bahawa tuduhan terhadap wanita berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan terdapat unsur perancangan dalam kelakuannya yang menipu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca