Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Polis Rampas Tangki Oksigen

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: The Vocket

Seorang wanita di India meninggal dunia dekat tempat kejadian selepas pihak polis didakwa telah merampas tangki oksigen beliau untuk diberikan kepada golongan kenamaan. Tangki oksigen itu digunakan oleh wanita berkenaan untuk merawat COVID-19.

Menurut anak wanita tersebut yang berusia 17 tahun, beliau sedang menjaga ibunya yang berada pada tahap kritikal selepas disahkan menghidapi COVID-19 pada ketika itu.

Pada waktu ibunya sedang sakit, beberapa anggota polis memasuki wad mereka dan merampas silinder oksigen yang digunakan wanita terbabit.

Sekiranya menonton video tersebut, anda dapat lihat remaja berkenaan menangis dan merayu kepada pihak polis untuk kembalikan tangki oksigen berkenaan. Walau bagaimanapun, permintaan beliau ditolak.

Sumber: India Times

Memetik laporan Times of India, remaja yang bernama Ansh Goyal ini sudah berjanji kepada keluarganya untuk membawa pulang ibunya dalam keadaan selamat.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana Ansh terpaksa memberi resusitasi kardiopulmonari (CPR) beberapa kali untuk menyelamatkan nyawa ibunya tetapi usaha itu tidak membuahkan apa-apa hasil. Wanita itu kemudiannya menghembuskan nafas terakhir dua jam selepas tangki oksigen beliau dirampas.

Dalam pada itu, pihak polis menjelaskan bahawa mereka memasuki wad untuk mengambil tangki yang telah kosong dan sekali gus mengesahkan tiada rampasan silinder oksigen yang berlaku.

Tidak berhenti di situ, pihak polis juga turut mendakwa video yang dikongsikan di media sosial itu sekadar mengelirukan orang ramai. Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna memaklumkan tindakan serius bakal diambil kepada pihak polis berkenaan jika disahkan bersalah.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca