Mahu ‘Travel’ Solo Tetapi Risau Tiada Jurugambar? Pemuda Ini Kongsi Cara Ambil Foto Lawa Dengan Mudah

Baru-baru ini, seorang pemuda bernama Ashraff berkongsi tips untuk bergambar kepada warganet terutama mereka yang suka melancong secara solo.

Perkongsian tips ini telah dimuat naik oleh pemuda itu sendiri menerusi akaun Twitternya, @ashraffjunior.

Berikut merupakan 7 tips untuk bergambar seperti menggunakan khidmat fotografer:

1. Gunakan tripod

Tripod merupakan alat paling penting untuk semua pelancong yang bergerak solo. Menerusi penggunaan alat ini, anda berupaya untuk menangkap gambar sendiri dengan bebas tanpa bantuan daripada sesiapa.

Dengan syarat, tripod tersebut haruslah bersifat tinggi dan ringan. Ini akan memudahkan anda untuk membetulkan posisi alat tersebut mengikut kemahuan dan keselesaan masing-masing sewaktu bergambar.

Selain tripod, anda juga boleh menggunakan gorilla tripod. Apa yang membezakan antara tripod dan gorilla tripod?

Jisim gorilla tripod lebih ringan daripada tripod biasa. Sangat mudah untuk dibawa kemana-mana dan paling penting memiliki bentuk kaki yang fleksibel.

Maka, para traveler tidak perlu bersusah payah mencari permukaan rata untuk bergambar. Cukup dengan melengkukkan atau melilitkan bahagian kaki alat tersebut pada mana-mana objek yang ada seperti kayu, batu dan sebagainya.

2. Pastikan sudut gambar yang mahu diambil adalah unik!

Untuk menghasilkan gambar yang menarik, anda haruslah bijak dalam menetapkan sesuatu sudut. Bagi Ashraf, sudut pandang yang sudah biasa digunakan seperti eye level akan menjadikan gambar tersebut kurang menarik.

Maka, beranikan diri untuk cuba pelbagai sudut seperti low angle, high angle atau pada paras pinggang anda jika permukaan kawasan tersebut rata dan sesuai diletakkan tripod.

3. Gunakan teknik framing

Istilah framing dapat difahami dengan langkah meletakkan kamera anda di sebalik sesuatu objek yang wujud.

Contohnya, pemandangan yang ingin dijadikan sebagai foto adalah sebuah kuil. Maka, letakkan kamera anda di hadapan bunga-bunga pada pokok yang tumbuh di hadapan atau samping kuil tersebut.

Bunga-bunga ini akan menjadi frame dalam foto anda. Manakala, kuil akan menjadi objek belakang yang menghiasi gambar tersebut. Nescaya, hasilnya sungguh cantik!

4. Aplikasikan tetapan grid pada layar kamera anda

Penggunaan tetapan grid sebelum bergambar membantu anda untuk mendapatkan gambar yang tegak dan berpusat. Ini bermakna, gambar yang terhasil akan kelihatan lebih luas, menarik dan tidak senget.

Umumnya, terdapat tiga cara menggunakan grid iaitu teknik garisan tengah, rule of third, dan juga center.

5. Muat turun dan guna aplikasi Lightroom dan Snapseed

Kedua-dua aplikasi ini amat disyorkan kepada anda semua jika mahukan gambar kelihatan lebih menarik umpama berfoto menggunakan kamera digital.

Melalui aplikasi Lightroom, anda boleh mengubah pilihan warna pemandangan berdasarkan kreativiti masing-masing.

Sama seperti aplikasi Snapseed, anda berpeluang untuk mengubahsuai cahaya pada gambar sama ada terang, gelap, malap dan sebagainya.

6. Pemilihan warna gambar yang tidak berlebihan

Tetapan warna gambar yang diubahsuai haruslah tidak terlalu pekat, terang atau gelap. Sebaliknya, gunakan teknik seperti anda sedang menghiasi muka anda dengan warna-warna mekap. Pastinya gambar menjadi lebih awesome!

7. Kawal exposure dan lighting

Diharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu para traveler solo di luar sana untuk hasilkan gambar yang cantik dan menarik. Selamat mencuba!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca