Mahu Sokong Lee Zii Jia Di Olimpik 2024, Para Peminat Sudah Siap Sedia ‘Light Stick’

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia nampaknya masih menjadi pemenang di hati para peminat meskipun gagal melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas di tangan Chen Long malam tadi.

Sumber: Instagram Lee Zii Jia

Pada waktu artikel ini ditulis, nama Lee Zii Jia masih lagi sohor kini (trending) di laman Twitter. Zii Jia menjadi sebutan ramai sehingga ada dalam kalangan peminat beliau yang sudah sedia mahu kumpul duit untuk support atlet berkenaan di Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris, Perancis.

Apa yang lebih menarik, ada juga yang sudah siap sedia dengan light stick berbentuk raket dan mahu membawanya ke Paris empat tahun lagi sebagai tanda sokongan terhadap atlet berkenaan.

Sumber: Twitter @changkisoo

Peminat Lee Zii Jia ini juga menamakan diri mereka sebagai shattlehearts dan mendakwa mereka sudah bersedia menghantar ‘pukulan’ cinta kepada juara All England 2021 itu.

Dalam pada itu, kreativiti peminat jaguh badminton muda itu berjaya mencuri perhatian Shopee Malaysia di laman Twitter yang meminta orang ramai untuk tidak keliru antara light stick Lee Zii Jia dengan pemukul nyamuk elektrik.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet masih berbangga dengan Zii Jia:

Apa-apa pun, kami tetap ingin mengucapkan tahniah kepada Zii Jia atas usaha hebat beliau dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini. Kami tetap berbangga dengan Lee Zii Jia dan semua atlet yang mewakili Malaysia di pentas Olimpik pada temasya kali ini. Anda adalah pemenang di hati kami.

Sumber: Instagram Lee Zii Jia

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca