Mahu Pulangkan Perisai Antik Kepada Sultan Brunei, Wanita Ini Menjaga Khazanah Itu Selama Lebih 18 Tahun

Seorang wanita dari Subang Jaya ingin memulangkan sut perisai antik kepada pemilik sahnya iaitu kesultanan Brunei selepas menjaga khazanah itu selama lebih 18 tahun.

Raja Aini Rahman, seorang pesara berusia 66 tahun menjelaskan kepada New Straits Times bahawa perisai itu dipercayai milik sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin Malik Al-Dzahir.

Sultan yang memerintah pada abad ke-18 dari 1710 hingga 1730 dan sekali lagi pada 1737 hingga 1740.

Ketulenan artifak itu telah disahkan oleh Jabatan Muzium Malaysia serta turut disahkan oleh satu delegasi dari Brunei yang pernah datang untuk memeriksa perisai itu sekitar tahun 2007, yang diketuai oleh seorang ahli sejarah Brunei.

Bagaimanapun, mereka hanya mengesahkan perisai itu dan pulang ke Brunei tanpa membawa pulang perisai tersebut sekali.

Raja Aini menerangkan bahawa dia menjumpai tiga helai set itu secara misteri kerana ianya ada di depan pintu rumahnya suatu hari pada 2004.

Kini, wanita berkenaan sudah menjaga perisai itu selama lebih 18 tahun dan memelihara artifak itu dengan baik.

Dia turut berkali-kali cuba untuk mengembalikan perisai itu kepada sultan Brunei ke-29, Hassanal Bolkiah namun gagal.

“Saya hanya mahu mengembalikan perisai itu kepada Brunei kerana ia adalah warisan mereka, dan saya mesti memastikan ia (kembali ke) tempatnya,” kata Raja Aini.

Selepas perkongsian ahli keluarganya berkaitan dengan hasrat Raja Aini tular di media sosial, dilaporkan bahawa seorang pegawai rasmi dari Brunei telah menghubungi mereka.

Namun begitu, belum ada sebarang janji temu yang dibuat. Malah mereka juga belum menerima surat rasmi mengenai perkara itu setakat ini.

@belle.mielan

Harapan kami agar pihak Sultan atau Kerajaan Brunei mengambil kembali baju besi kepunyaan keturunan mereka. #bruneitiktok #foryoupage #malaysiatiktok #bruneiroyalfamily

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca