Mahu Pengamal Ilmu Sihir Ditangkap, Caprice Diganggu Bomoh Tanpa Henti

Terdahulu, selebriti tempatan Aeril Zafrel mendedahkan dirinya dan keluarga hampir disihir selepas menemui tiga barang misteri.

Lantaran itu, penyanyi rap Caprice memuat naik satu video bagi memberi pendapat agar pihak berkuasa tubuhkan unit khas menangkap pengamal ilmu hitam.

Selepas perkara itu berlaku, Caprice telah diganggu dan menerima banyak panggilan telefon daripada bomoh yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.

Menurut perkongsian Caprice, seorang ustaz telahpun menjawab panggilan tersebut bagi pihaknya.

Nombor telefon bomoh tersebut dikenali beliau kerana pernah menelefonnya tahun lepas.

Bomoh itu telah menuduh Caprice menikahi anaknya tanpa pengetahuannya.

Bukan itu sahaja, bomoh yang dikenali sebagai Pakcik Nasir dari Rawang itu cuba mendapatkan maklumat diri Caprice seperti alamat rumah dan tempat kerja bagi menyihir melalui telefon pintar.

Ustaz yang mengangkat panggilan bagi pihak penyanyi tersebut menjawab soalan bomoh dengan tenang.

Beliau turut mencuba untuk ‘psiko’ kembali pengamal sihir tersebut sehingga mengaku dirinya sebenarnya bomoh. Dapat dilihat, bomoh tersebut seperti sudah habis akal untuk berdalih dan juga tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Tambahan pula, Caprice turut minta bantuan pihak polis atau mana-mana pihak kerana Pakcik Nasir yang dikatakan bomoh itu tidak henti-henti menelefonnya.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca