Mahu Menjadi Seekor Anjing, Ini Kisah Pelik Gary Matthews

Pelihara haiwan mempunyai banyak kelebihan dan ia mampu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik. Tetapi, terdapat kisah pelik di mana seorang juruteknik teknologi maklumat yang menganggur dikenali sebagai Gary Mathews, 47, berhasrat ingin menjadi seekor anjing.

Matthews memiliki kostum anjing dan akan memakai ketika berada di rumah bersama keluarga dan rakannya. Dia akan berlari seperti seekor anjing, makan makanan anjing dalam mangkuk, mengejar kenderaan dan gemar tidur dalam rumah anjing. Dia juga mempunyai nama timangan iaitu “Boomer”.

Menurut Matthews, dia memang sukakan anjing. Pendorong untuk kehidupan tidak normal itu adalah rancangan komedi Disney, ‘The Shaggy D.A’. Pada mulanya, dia menggelar dirinya dengan nama “Pongo” iaitu watak anjing dalam cerita ‘101 Dalmatians’.

Ketika berusia 12 tahun, Matthews menjadi peminat ‘Here’s Boomer’ iaitu siri drama televisyen mengenai seekor anjing yang gemar membantu manusia. Dia suka dengan watak Boomer kerana dapat mengembara melihat bandar baru, bertemu dengan orang yang berbeza dan membantu menyelesaikan masalah.

“Saya menonton siri ‘Here’s Boomer’ dan meniru beberapa tingkah lakunya. Apabila saya menyalak, apa yang didengari ialah hasil rakaman salakan saya yang saya belajar daripada salakan Boomer. Semuanya membantu saya menjadi anjing yang lebih baik.”

“Saya bercadang untuk merayau dan mengembara apabila habis tempoh persekolahan untuk hidup dan menempuh cabaran bersama anjing liar.” Katanya.

Keluarga dan rakannya sudah biasa memanggil dengan nama timangan Boomer tetapi Matthews belum mendapat pengiktirafan yang sah bagi nama tersebut.

Matthews mendapat perhatian dunia apabila cuba menukar nama kepada “Boomer The Dog” tetapi ditolak oleh hakim mahkamah kerana risiko yang bakal dihadapi oleh Matthews.

Hakim daerah Allegheny, Ronald W Folino berkata “Jika Matthews melihat satu nahas kemalangan dan menghubungi talian kecemasan, pegawai mungkin akan meletakkan telefon dan tidak akan menghantar bantuan jika dia memberitahu pihak berkuasa yang namanya ialah Boomer The Dog.”

Artikel Lain Untuk Di Baca