Mahu Lolos Daripada Polis, Pemandu Ini Rempuh Kereta Myvi Dan Lori Tesco

Dua orang lelaki yang didakwa membawa dadah merempuh beberapa buah kenderaan semasa berhenti di lampu isyarat Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Kejadian tersebut membuatkan dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta Proton Waja berkenaan semalam.

Video rakaman kejadian tersebut tular di media sosial yang memaparkan pemandu kereta Proton Waja itu enggan keluar dari kereta walaupun diminta oleh pihak polis.

Pemandu terbabit kemudiannya bertindak ganas merempuh sebuah Perodua Myvi dan lori Tesco. Video tersebut dirakam oleh seorang saksi kejadian itu yang sedang berada di dalam keretanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian tersebut berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara dinaungi pentadibiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Setakat ini, pemandu kereta Waja terbabit berjaya ditangkap di kawasan perumahan Desa Aman manakala seorang lagi suspek yang menumpang kereta sama dapat ditangkap sekitar pukul 11.45 malam semalam.

Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee, penumpang kereta terbabit bernama Bob Mah Sing mempunyai 14 rekod berkaitan dadah dan enam lagi rekod jenayah yang lain.

Sumber: Says

Bob ditangkap di sebuah pangsapuri di Seksyen U5, Shah Alam.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 307, 427 dan 188, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca