Mahu Lari Daripada Hutang, Wanita Ini Kantoi Palsukan Pemergian Diri Sendiri

Seorang wanita dari Medan, Indonesia telah berpura-pura bahawa dia sudah meninggal dunia kerana dipercayai mahu mengelak daripada membayar hutang.

Memetik laporan Merdeka, wanita itu memuat naik hantaran di laman Facebook anaknya yang mendakwa bahawa dia sudah meninggal dunia.

Wanita itu dipercayai turut memuat naik beberapa gambar jenazah yang sudah dibalut kain kapan. Hantaran di laman Facebook itu turut mendakwa wanita berkenaan menghembuskan nafas terakhir kerana terlibat dalam kemalangan di sebuah jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di Aceh, Indonesia.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang dipercayai merupakan si pemiutang mendakwa bahawa kenyataan itu tidak benar sama sekali.

Sumber: Merdeka

Pengguna Facebook itu mendakwa wanita tersebut berpura-pura meninggal dunia kerana mahu mengelak daripada membayar hutang kepada seseorang.

Pemiutang itu mendakwa bahawa dia sudah beberapa kali meminta wanita tersebut melunaskan hutangnya. Namun, wanita itu pula sering berkata bahawa dia tidak mempunyai wang untuk melangsaikan hutang tersebut.

Tindakan wanita itu telah menyebabkan si pemiutang naik angin kerana dia telah menangguhkan beberapa kali untuk membayar hutang. Pemiutang itu juga turut memberikan beberapa bukti dan gambar jenazah yang dibalut dengan kain kapan itu telah diambil daripada internet.

Menerusi hantaran di laman Facebook, anak wanita berkenaan tampil untuk mendedahkan perkara yang sebenar dan berharap agar dapat memaafkan perbuatan ibunya itu. Apa pendapat anda pula?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca