Mahu Kemas Rumah, Wanita Ini Sebaliknya Jumpa Rangka Abang Hilang 5 Tahun

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Rangka seorang lelaki yang telah hilang lima tahun lalu akhirnya ditemui oleh adik perempuannya ketika wanita itu mahu membersihkan rumah mereka.

Sumio Suenaga hilang dari rumahnya yang terletak di bandar Kasugai dekat wilayah Aichi, Jepun pada tahun 2015. Sumio tinggal bersama adik lelaki dan adik perempuannya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua adiknya tidak membuat laporan polis berkaitan kehilangan abang mereka sehingga tahun berikutnya.

Untuk dijadikan cerita, adik perempuan mendiang yang kini berusia 69 tahun itu mahu menggunakan bilik abangnya pada minggu lalu. Dia bagaimanapun perlu bersihkan bilik berkenaan terlebih dahulu.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke bilik tersebut, wanita ini bagaimanapun menemui sesuatu yang mengerikan. Cuba anda bayangkan, betapa terkejutnya wanita berkenaan apabila menemui rangka manusia tanpa pakaian dalam bilik tersebut.

Warga emas itu kemudiannya menghubungi pihak polis dalam kadar segera berhubung penemuan rangka manusia tersebut. Apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian, mereka kemudiannya mengesahkan ia merupakan jasad manusia.

Sumber: Sora News 24

Walaupun tidak dapat mengesahkan jantina ataupun umur jasad berkenaan, para penyiasat percaya ia berkemungkinan besar adalah rangka Sumio.

Menurut laporan, rangka manusia tersebut ditemui pada sekitar 4.45 petang (waktu tempatan) pada 15 Ogos lalu. Penyiasatan kes ini masih berjalan. Punca pemergian individu berkenaan juga masih dalam siasatan.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan penemuan jasad manusia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca