Mahu Kelihatan Seperti Orang Asia, Bintang Realiti Televisyen Ini Akui Benci Rupa Paras Asli

Seorang wanita mengaku dia terlalu obses dengan muzik K-Pop sehingga sanggup mengumumkan dia bakal menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Asia.

Pernah membintangi rancangan realiti televisyen bertajuk Celebrity Big Brother, Frenchy Morgan berkata, dia berasa jengkel apabila masyarakat berfikir tubuhnya adalah asli.

Model dan pelakon berusia 44 tahun ini menambah, dia bosan dengan rupa aslinya dan sudah bersedia untuk mengeluarkan wang yang banyak demi mendapatkan rupa paras yang dikehendaki.

Menerusi dokumentari pendek yang ditayangkan di Barcroft TV bertajuk Hooked on the Look, Frenchy berkata, dia mahu kelihatan seperti patung watak animasi yang mempunyai kuasa ajaib.

“Saya tidak akan berasa gembira sehingga saya melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti orang Asia dan lebih seksi,” ujarnya.

Menurut Frenchy, dia sering memakai pakaian berwarna merah jambu ketika keluar dari rumah. Malah, sesetengah pakaian yang dimilikinya juga ditempah khas kerana wanita itu enggan gayanya ditiru orang lain.

“Saya kini sedang dalam proses untuk mengubah diri saya supaya kelihatan seperti patung watak animasi kegemaran saya. Dia sangat cantik dan mempunyai bentuk badan yang kurus dan tinggi serta payudara yang besar,” tambahnya.

Frenchy yang sebelum ini pernah menjalani pembedahan pembesaran payudara berasa sebal apabila orang ramai memuji asetnya itu yang kelihatan asli.

“Saya tidak mahu kelihatan asli. Asli itu membosankan. Saya mahu kelihatan lebih plastik dari sekarang.”

Setakat ini, Frenchy atau nama sebenarnya Angelique sudah melaburkan wang tunai berjumlah RM203,415 untuk pembedahan hidung dan dua prosedur pembesaran buah dada. Walau bagaimanapun, wanita itu bersedia untuk membelanjakan lebih lagi demi kelihatan seperti patung watak animasi yang digemarinya.

Selain mempunyai obsesi terhadap K-Pop dan watak animasi, Frenchy juga amat menyukai lelaki Asia.

“Saya rasa lelaki Asia sangat seksi dan saya mahu berkahwin dengan salah seorang daripada mereka.”

Frenchy berkata, setiap kali dia pergi berjumpa dengan pakar bedah plastik, dia akan membawa bantal yang tertera gambar watak animasi kesayangannya untuk memberi doktor gambaran menyeluruh tentang impiannya.

Wanita berkenaan kini merancang untuk menjalani tujuh pembedahan pada tahun hadapan untuk mengubah rupa parasnya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan pembedahan plastik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca