Mahu Kebenaran Terungkai, Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar

Pelawak Ali Puteh telah memfailkan saman balas kepada kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali. Isteri kepada pelawak terkenal tanah air, Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap adik iparnya.

Memetik laporan Astro Gempak, saman yang difailkan oleh Ali itu turut menyenaraikan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai defendan kedua.

Usahawan kosmetik sensasi itu telah memuat naik sebuah video ke laman YouTube pada Februari lalu selepas pemergian Abam yang kemudiannya mencuri perhatian orang ramai.

Ali menjelaskan pihaknya memfailkan saman balas itu selepas mengadakan perbincangan dengan peguam. Selain itu, pelawak tersebut turut mengambil kira beberapa perkara yang menimpa mereka sekeluarga selepas video itu tular sebelum ini.

“Itu pun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan terhadap emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibu lah yang paling terkesan selepas kami menerima tohmahan dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” jelasnya.

Dalam sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu pada 26 Ogos lalu (Rabu), Nor Hidayah menjelaskan dia tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat Aliff Syukri dalam video tersebut.

Hidayah bagaimanapun membuat pengakuan membawa keluar tabung berisi wang kertas hasil tabungan bersama arwah suaminya dan empat utas jam tangan dari rumah.

Selain itu, Hidayah juga dilaporkan telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik arwah Abam. Wanita ini kemudiannya memasukkan wang tersebut ke akaun cahaya matanya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Hidayah yang dihubungi Astro Gempak selepas itu tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai saman tersebut dan percaya kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.

“Buat masa ini, saya mahu diamkan diri dahulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar. Saya hanya seorang ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” jelasnya.

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan Ali Puteh dan Hidayah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca