Mahu Kawal Populasi, China Didakwa Paksa Wanita Uighur Ambil Pil Perancang

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Kerajaan China didakwa telah memaksa kaum wanita di Xinjiang untuk mengambil pil perancang kelahiran untuk menyekat populasi penduduk Islam Uighur daripada berkembang.

Dakwaan itu terkandung dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh sarjana China, Adrian Zenz. Beliau merupakan individu yang telah membuka mata masyarakat di seluruh dunia kepada polisi China di wilayah Xinjiang yang didiami oleh etnik minoriti Islam Uighur.

Laporan Adrian turut menggesa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Beijing bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan sebaliknya menyifatkannya sebagai satu tuduhan yang tidak berasas. Adrian turut mendedahkan wanita Uighur dan etnik minoriti lain diancam untuk dihantar ke kem tahanan sekiranya tidak mahu menggugurkan kandungan mereka.

Wanita yang mempunyai zuriat tidak melebihi dua orang dibenarkan untuk mengambil alat perancang secara sukarela ataupun menjalani pembedahan untuk mengikat kesuburan.

gray textile hanging on brown wicker basket

Laporan Adrian adalah berdasarkan data dan dokumen rasmi serta temu bual dengan wanita Uighur di Xinjiang. Menurut Adrian lagi, analisis data laporannya turut mendapati pertumbuhan semula jadi penduduk di Xinjiang mengalami penurunan secara mendadak beberapa tahun lalu.

China pernah terima kecaman hebat sebelum ini apabila menahan kira-kira satu juta warga Uighur dan etnik minoriti lain di sebuah kem tahanan.

Beijing menyifatkannya sebagai kem untuk mendidik atas pelbagai faktor termasuk memulihkan mereka selepas didakwa dengan keganasan.

Pada pendapat anda, adakah penindasan China terhadap etnik minoriti di negara mereka akan menemui titik noktah pada masa hadapan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penindasan China terhadap etnik Uighur, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca