Mahu Jaga Sensitiviti Pelanggan, KFC Sedia Buang Slogan ‘Finger Lickin’ Good’

Seperti yang diketahui umum, Kentucky Fried Chicken (KFC) ialah satu francais fast food terkenal di Malaysia. Oleh itu, kami yakin ramai orang di negara ini yang cukup familiar dengan slogan finger lickin’ good atau sedap sehingga menjilat jari.

Walau bagaimanapun, KFC mungkin terpaksa melupakan penggunaan slogan yang terpahat dalam minda orang ramai ini buat sementara waktu.

Hal ini demikian kerana slogan tersebut dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelanggan KFC terutamanya dengan penularan pandemik COVID-19.

Sumber: BBC

Atas sebab itu, KFC telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat sementara waktu untuk menjaga sensitiviti pelanggan.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada pelanggan juga tidak mempunyai masalah dengan slogan yang telah digunakan KFC buat satu tempoh yang lama.

Dalam pada itu, Harland Sanders mengasaskan KFC pada tahun 1930-an. Walau bagaimanapun, KFC membuka francais pertama pada tahun 1950-an dan menggunakan slogan berkenaan sejak waktu itu.

Walau bagaimanapun, ia tidak lagi menggunakan slogan pada akhir tahun 1990-an. Slogan itu bagaimanapun dibawa semula pada tahun 2008.

Buat anda yang merindui slogan ini, KFC memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya. Setakat ini, KFC mempunyai sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan KFC, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca