Mahu Hidup Lama? Ini 12 Tips Pandu Cermat Jiwa Selamat

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, pasti ramai yang pulang ke kampung, bandar atau pergi beraya dengan memandu kenderaan sendiri.

Jalan raya turut meriah dengan pelbagai jenis kenderaan yang bergerak seperti enjit-enjit semut kerana kesesakan trafik.

Kali ini kami akan kongsikan cara-cara memandu secara berhemah walaupun sudah ramai yang pakar, kerana mungkin masih ada yang belum tahu atau terlupa:

1. Sebelum memulakan perjalanan, boleh hantar kenderaan ke pusat servis untuk penyelenggaraan atau pemeriksaan bagi memastikan enjin, lampu brek, aircon dan lampu signal berfungsi dengan baik.

2. Jangan memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Dapatkan rehat yang cukup dulu.

3. Rancang perjalanan supaya tidak terkandas di dalam kesesakan lalu lintas dengan mengikuti perkembangan trafik daripada syarikat konsesi lebuh raya.

4. Sediakan siap-siap aplikasi seperti GPS, Waze dan Google Maps yang berkaitan dengan perjalanan anda.

5. Pastikan nombor-nombor penting termasuk nombor telefon ahli keluarga, balai polis terdekat dan mekanik yang boleh dipercayai berada dalam simpanan anda sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.

6. Jangan merempit, patuhi peraturan had kelajuan.

7. Jika memandu perlahan, elakkan guna lorong kanan.

8. Batang signal bukan buat cucuk sate tetapi digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain apabila ingin mengubah laluan, membelok atau memotong kenderaan lain.

9. Jangan mengundang padah dengan cara membuntuti kereta depan secara rapat, brek mengejut sehingga penumpang belakang terhantuk atau memasuki simpang secara tiba-tiba.

10. Fokus dan jauhi telefon pintar semasa memandu.

11. Ingat orang-orang tersayang agar lebih bermotivasi untuk berhati-hati di jalan raya.

12. Bagi Muslim, boleh berzikir dan banyakan berdoa semoga perjalanan anda diberkati dan dilindungi-Nya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca