Mahu Halang Serangan Monyet, Petani Ini Cat Badan Anjing Peliharaan Sehingga Menyerupai Harimau

Seorang petani bertindak mewarnakan badan anjing peliharaannya menggunakan cat supaya kelihatan persis harimau bagi menakutkan monyet-monyet yang sering menceroboh kebunnya.

Petani berkenaan mewarnakan badan anjing itu dengan menggunakan cat hitam supaya ia menyerupai belang pada badan harimau. Kejadian ini dipercayai berlaku di India.

Menurut petani tersebut, teknik itu ternyata membuahkan hasil. Monyet-monyet yang dulu sering kali mengganggu tanaman di kebunnya kini tidak berani lagi memunculkan diri selepas kehadiran ‘Pak Belang’ itu.

Namun begitu, dia kini dikatakan masih lagi mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk jangka masa yang panjang.

Difahamkan, cat yang digunakan pada badan anjing itu mampu bertahan selama satu bulan sebelum ia mula luntur. Idea itu (cat badan anjing supaya menyerupai harimau) merupakan idea salah seorang rakannya.

Foto anjing berkenaan menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada di antara mereka yang terhibur dengan ‘perubahan’ itu. Pada masa yang sama, ada juga yang mengecam tindakan petani tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang menganiayai haiwan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca