Mahu Habiskan Kekayaan Dengan Membaca Dan Termenung, CEO TikTok Letak Jawatan

Pengasas TikTok, Zhang Yiming mengumumkan bahawa beliau akan letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ByteDance iaitu syarikat induk aplikasi video pendek terkenal berkenaan pada akhir tahun ini.

Sepanjang pandemik COVID-19 yang telah menyerang seluruh dunia pada akhir tahun 2019, ramai orang telah menghabiskan masa terluang di media sosial dengan membaca, memuat naik aktiviti harian atau mempamerkan kebolehan masing-masing.

Salah satu aplikasi media sosial yang menjadi tumpuan seluruh dunia ialah TikTok. Selain video hiburan, terdapat pelbagai perkongsian menarik dan bermanfaat yang dikongsikan dalam TikTok untuk tontonan anda seperti tips kehidupan dan cara masak yang mudah serta sedap.

Kini merupakan individu ke-31 terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaannya melebihi $44 bilion (RM181,940 juta), Yiming bagaimanapun baru sahaja mengumumkan peletakan jawatannya sebagai CEO ByteDance kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa untuk dirinya sendiri.

Lelaki berusia 38 tahun itu menulis surat kepada para pekerja dengan berkata, “Saya risau saya terlalu bergantung pada idea yang sedia ada sebelum menubuhkan syarikat ini dan belum mencabar diri sendiri dengan kemas kini konsep berkenaan.

Sebenarnya, saya kurang beberapa kemahiran yang membuatkan seseorang itu pengurus ideal. Saya lebih berminat menganalisis prinsip organisasi dan pasaran serta memanfaatkan teori berkenaan untuk membantu mengurangkan kerja pengurusan daripada mengurus orang.

Saya juga tidak terlalu sosial dan lebih suka aktiviti bersendirian seperti buat aktiviti dalam talian, membaca, mendengar muzik dan mengelamun sambil memikirkan tentang apa yang mungkin berlaku.”

Yiming juga sedar bahawa beliau bukan individu yang tepat untuk mengetuai syarikat terbabit dengan menjelaskan kepada para pekerja bahawa beliau mahu TikTok terus berkembang dengan kepimpinan baharu dan idea yang lebih segar.

Oleh itu, beliau akan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai CEO pada akhir tahun ini bagi memberi tumpuan kepada hidupnya dan merancang strategi jangka panjang untuk syarikat.

Untuk pengetahuan anda, Liang Rubo iaitu pengasas bersama dan ketua jabatan sumber manusia ByteDance akan menyandang jawatan sebagai CEO ByteDance baharu.

Yiming (kiri) dan Rubo (kanan). Sumber: Protocol

Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca