Mahu Gayakan Sesuatu Yang Unik? Bottega Veneta Lancarkan Kasut Tumit Tinggi Mi Segera

Fesyen itu eksperimental. Pernahkah anda terfikir bahawa jenama-jenama besar dalam industri ini sebenarnya mengambil inspirasi daripada pelbagai benda di sekeliling mereka?

Anda jangan pula terkejut kerana dalam keghairahan seseorang pereka untuk mencipta pelbagai jenis reka bentuk fesyen, makanan juga boleh menjadi sumber inspirasi mereka!

Buktinya, Bottega Veneta iaitu sebuah jenama besar Itali telah melancarkan satu reka bentuk tumit tinggi yang kelihatan seperti mi segera.

Untuk peminat mi segera, anda tidak tersalah baca! Walaupun ia kelihatan pelik pada mulanya, namun ini merupakan salah satu inisiatif syarikat berkenaan untuk mendekati masyarakat di Asia Tenggara selepas 53 tahun.

Sebelum itu, anda mungkin tertanya-tanya siapakah pereka kasut ini? Rupa-rupanya, individu di sebalik idea unik berkenaan ialah pemenang Anugerah Fesyen British 2019 iaitu Daniel Lee!

HypeBae melaporkan bahawa kasut tumit tinggi itu merupakan sebahagian daripada koleksi Pre-Fall 2020 jenama berkenaan!

Untuk pembaca yang berminat, anda boleh mencuci mata dahulu dengan melihat kedua-dua gambar di bawah.

https://www.instagram.com/p/B6LLQlMgIjl/

Walaupun koleksi itu masih belum boleh didapati di dalam talian ataupun di kedai-kedai lain, anda boleh melihat koleksi penuh pakaian, kasut dan beg di sini.

Walaupun begitu, harga untuk sepasang kasut tumit tinggi ini dikhabarkan berjumlah sekurang-kurangnya RM3,000 iaitu harga purata sepasang kasut keluaran jenama tersebut.

Dalam pada itu, anda boleh baca pautan di bawah mengenai perkara-perkara unik yang boleh ditemui di seluruh dunia.

Selepas Tular Lekat Pisang Pada Dinding, Kedai Di Singapura Lekat Durian Sebagai Parodi

Didakwa Kahwin Dengan Karpet Kesayangan, Wanita Ini Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Ramalan Tentang 5 Gaya Dan Fesyen Yang Bakal ‘Boom’ Pada Tahun 2020

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca