Mahu Elak Anak Meninggal Dunia, Lelaki Ini Diberikan Nama ‘Saiton’ Oleh Ibu Bapanya

Seorang lelaki yang bernama Saiton telah dilahirkan di Paldas Banyuasin pada 10 Febuari 1976 dan berasal dari Palembang, Sumatera Selatan. Nama tersebut merupakan pemberian daripada kedua orang tuanya iaitu Cik Nang dan Saimubah.

Pemberian nama itu diberikan kepadanya kerana dua orang sahaja yang kekal hidup daripada 12 orang adik beradiknya. Mereka meninggal dunia ketika berusia lima hingga tujuh tahun.

“Jika semua hidup, kami keluarga besar dengan 13 saudara. Saat saya dilahirkan, orang tua saya merasakan saya mungkin tidak akan hidup. Kemungkinan kerana kecewa dengan anaknya yang meninggal terus dan oleh sebab itu, orang tua saya menganggap saya sedang diganggu syaitan.”

“Kerana itu, saya diberi nama Saiton. Orang tua saya mungkin sudah pening untuk memberi nama,” jelasnya.

Ketika dia berusia tiga tahun, Saiton pernah menentang ibu bapanya bahawa dia tidak suka dengan namanya itu dan menyuruh mereka untuk mengubah namanya menjadi Iskandar. Malah, Saiton sering kali dijadikan bahan ejekan oleh rakan-rakannya.

Selain itu, Saiton turut mengatakan bahawa die pernah jatuh sakit selama tiga tahun setelah namanya itu diganti. Bermacam-macam cara telah digunakan oleh ibu bapanya untuk mengubati penyakitnya itu namun masih tidak berhasil.

Orang tuanya berasa bimbang dan beranggapan bahawa Saiton juga tidak akan hidup lama sebagaimana adik-beradiknya yang lain. Akhirnya dia dibawa berjumpa dengan tabib dan dinasihatkan untuk mengembalikan namanya kepada asal.

“Setelah pakai nama Saiton semula, alhamdulillah saya kembali sembuh dan tiada penyakit yang parah menimpa saya sehingga kini,” ujarnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca