Mahu Berjauhan Dengan Isteri, Ini 5 Kisah Pelik Individu Minta Dipenjarakan

Penjara adalah satu tempat di mana pesalah menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah. Ia sangat menakutkan dan berbahaya. Namun, ada individu yang meminta dimasukkan ke dalam penjara dengan sebab yang pelik dan ada yang melakukan jenayah demi dimasukkan ke dalam penjara. Hal ini berlaku mungkin kerana tertekan dengan kehidupan dunia.

Berikut kami kongsikan lima kisah pelik individu minta dipenjarakan:

1. Lawrence John Ripple merompak bank untuk berjauhan dengan isteri

Lawrence John Ripple berumur 70 tahun dari Kansas merompak bank untuk dipenjarakan kerana mahu berjauhan dengan isterinya. Pada pagi kejadian, Lawrence bertengkar dengan isterinya dan meninggalkan nota mengatakan dia lebih rela tinggal di penjara berbanding di rumah.

Dia pergi ke sebuah bank dan menyerahkan nota kepada juruwang yang bertulis dia memiliki pistol dan mahukan wang. Juruwang tersebut menyerahkan RM12,000 kepada Lawrence yang kemudiannya menunggu di lobi bank sehingga polis tiba. Selepas ditahan polis, Lawrence terlepas daripada hukuman kerana hakim memutuskan dia mengalami masalah mental.

Hakim memerintah Lawrence menjalani hukuman tahanan rumah selama 6 bulan dan semestinya bersama isterinya yang tercinta.

2. Bosan dengan Xbox

Seorang remaja dari New Zealand sedang menjalani hukuman tahanan rumah selama 11 bulan meminta polis menghantarnya ke penjara kerana sudah penat bermain permainan video. Remaja tersebut sudah menjalani 10 bulan hukuman dengan hanya bermain Xbox sehingga tiada lagi permainan video yang tinggal.

Pihak berkuasa setuju dengan permintaannya dan dia menghabiskan saki-baki hukuman di dalam penjara, berjauhan dengan Xbox.

3. Eric Torpy minta hukuman penjara ditambah

Eric Torpy telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun kerana jenayah rompakan dan cubaan membunuh. Apa yang mengejutkan pihak mahkamah adalah Eric meminta hakim menambah lagi 3 tahun kerana ingin menyamakan hukuman tersebut dengan nombor jersi pemain bola keranjang, Larry Bird.

Hakim bersetuju dengan permintaan Eric dan menambahkan hukumannya kepada 33 tahun. Enam tahun kemudian, dia menyesal dengan permintaanya kerana realiti hidup di penjara membuatkan dia tertekan.

4. Peminat setia Francesso Totti

Seorang banduan dijadualkan untuk dibebaskan seminggu awal tetapi dia meminta supaya dibenarkan menjalani hukuman penjara tambahan selama seminggu. Permintaan banduan ini kerana dia ingin bertemu dengan Francesso Totti yang kebetulannya membuat lawatan ke penjara itu selepas pasukan kebangsaan Itali menjuarai Piala Dunia 2006.

Warden penjara bersetuju dengan permintaan itu kerana dia mengancam ingin melakukan sesuatu yang gila untuk dihantar semula ke penjara jika permintaannya tidak ditunaikan.

5. Demi penjagaan kesihatan

James Verone berusia 59 tahun telah merompak sebuah cawangan Royal Bank of Canada (RBC) di North Carolina sebanyak $1 (RM4.18). Dia memasuki bank dan memberi nota kepada juruwang yang bertulis “Ini adalah rompakan bank. Tolong berikan saya satu dolar”.

Juruwang tersebut mengikuti arahan dan menyerahkan wang yang diminta kepada James. Kemudian, James duduk di lobi dan menunggu polis. Siasatan menunjukkan James melakukan rompakan tersebut kerana ingin dimasukkan ke penjara untuk menerima penjagaan kesihatan percuma.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca