Mahu ‘Barbeku’ Pesalah Seks, Masyarakat Mahu Lelaki Florida Ini Dibebaskan

Seorang lelaki yang berasal dari Florida kini berada dalam tahanan polis selepas perancangannya untuk mem’barbeku’ semua pesalah seks dan membunuh mereka diketahui oleh pihak perkuasa.

Menurut polis, Jorge Porto-Sierra, 50, telah melakukan perancangan untuk membakar dan membunuh pesalah seks di Friendly Village Inn & Motel di Kissimmee, Florida. Jorge kini dituduh dengan empat pertuduhan merancang pembunuhan.

Menurut laporan, seorang lelaki mendakwa dia sangat terkejut apabila Jorge tiba-tiba muncul di hadapannya ketika dia sedang melintasi di hadapan bilik lelaki berkenaan. Jorge mula bertempik menyebabkan lelaki terbabit segera masuk semula ke biliknya dan mengunci pintu.

Jorge telah bertindak memecahkan salah satu tingkap motel terbabit dan mula menuang gasolin ke ruangan terbabit.

“Kau akan mati, pencabul budak! Saya akan masuk ke dalam!” jerit Jorge sambil memecahkan tingkap.

Sementara itu, lelaki yang kaget dengan perlakuan Jorge telah melarikan diri bersama temannya melalui tingkap belakang.

Laporan lain menyatakan bahawa itu bukanlah kali pertama Jorge menyerang orang. Pada suatu ketika, lelaki berkenaan dikatakan telah menyerang dua individu lain di dalam sebuah kereta di sebuah tempat parkir hotel. Jorge telah bertindak menuang gasolin ke dalam kereta melalui tingkap kenderaan yang terbuka.

Apabila pemandu berkenaan cuba melarikan diri, Jorge telah melanggar kenderaan lelaki terbabit beberapa kali dengan memandu kereta jenis Ford Focus miliknya.

Semasa polis tiba di tempat kejadian, Jorge segera menyerah diri sambil menunding jari ke arah pemandu berkenaan.

“Mereka perogol kanak-kanak! Mereka semua tinggal di sini dan patut mati!” jerit Jorge.

Daerah Osceola sememangnya terkenal sebagai lubuk pencabul seksual. Malah, terdapat beberapa pesalah seks yang berdaftar dan tinggal di Friendly Village Inn & Motel.

Sekurang-kurangya dua daripada empat mangsa serangan Jorge adalah pesalah seksual berdaftar.

Apabila disoal polis mengapa Jorge tidak meneruskan perancangannya sehingga tamat, lelaki itu berkata dia ditahan terlalu awal.

Jorge Porto-Sierra kini ditahan di Osceola County Jail tanpa ikat jamin.

Satu petisyen telah dibuat oleh orang ramai yang rata-rata berpendapat bahawa Jorge patut dibebaskan dan perlakuan lelaki itu sewajarnya disokong kerana dianggap bersifat murni.

Artikel Lain Untuk Di Baca