Mahu Anak Puasa Penuh, Ini Cara Fazley Yaakob Beri ‘Reward’ Kepada Mereka

Walaupun Dato’ Fazley Yaakob akan memastikan anak-anaknya berpuasa penuh pada setiap tahun, cef selebriti berkenaan menggunakan pendekatan berbeza kali ini untuk menggalakkan ketiga-tiga puteranya itu menunaikan ibadah puasa.

“Saya akan pastikan anak-anak lelaki saya berpuasa penuh setiap tahun. Terdapat pelbagai cara yang saya usahakan supaya mereka kekal bersemangat.

Disebabkan bazar Ramadan tidak ada untuk saya bawa anak-anak berjalan-jalan, saya sediakan hadiah dan ganjaran yang berbeza kepada mereka untuk puasa kali ini. Saya dah buat balang ajaib untuk mereka.

Terdapat tiga jenis hadiah dalam balang tersebut iaitu wang tunai RM5, token untuk permainan dalam talian sebanyak RM10 atau snek. Kebiasaannya, saya tidak benarkan mereka makan makanan ringan terlalu kerap.

Doakan mereka dapat berpuasa penuh ya?” ujarnya menerusi sebuah coretan di laman Instagram miiknya.

Fazley turut memuat naik video bagaimana dia membuat balang ajaib berkenaan yang turut memaparkan telatah anak-anaknya ketika menerima ganjaran tersebut.

Fazley mengikat tali perkahwinan bersama Datin Azrene Ahmad pada tahun 2006. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah dan seorang cahaya mata perempuan iaitu Alayna Selma.

Sebagai peringatan, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca