Mahkamah Lepaskan Isa Samad Atas Tuduhan Pecah Amanah

Hari ini, Mahkamah Tinggi melepaskan bekas pengerusi Felda iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada tuduhan pecah amanah berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Walau bagaimanapun, beliau perlu membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah yang berkait dengan proses pembelian itu.

Atas nasihat peguam beliau, Isa Samad memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. 

Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan tarikh perbicaraan pada 17, 18, dan 19 Ogos ini.

Pada 14 Januari lepas, pihak pendakwaan menutup kes beliau selepas 15 hari perbicaraan dengan 22 saksi dipanggil memberi keterangan.

Pada 14 Disember 2018, Isa Samad mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta. Ia dikatakan untuk meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites oleh FICSB.

Beliau didakwa melakukan perbuatan pecah amanah di Tingkat 50, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC pada 29 April 2014, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan menerima rasuah pula didakwa dilakukan di Tingkat 49, di Menara FELDA juga, antara 29 April 2014 dan 15 Disember 2015.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca