Mahkamah Belanda Sahkan 3 Suspek Menembak Jatuh MH17

Pada 17 November 2022 lalu, mahkamah Belanda mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Sumber: Malaysiakini

Dua rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah kerana membunuh dan menembak jatuh pesawat itu dengan sengaja. Manakala seorang lagi, Oleg Pulatov dibebaskan.

Selain itu, mahkamah mengesahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 dengan menggunakan peluru berpandu BUK buatan Russia dari sebuah padang dekat Pervomaisk yang mengorbankan nyawa 298 penumpang dan anak kapal.

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Mereka juga diperintahkan membayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Sumber: Berita Harian

Dalam pembicaraan itu, iada seorang daripada suspek berada di mahkamah yang dikawal ketat itu bagi mendengar keputusan manakala berpuluh-puluh ahli keluarga mangsa dari pelbagai negara bagi mendengar keputusan hakim selepas pembicaraan yang berlangsung selama dua tahun setengah itu.

Sumber: Oh Info Kini

Dalam tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014, kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur itu terkena tembakan di timur Ukraine.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca