Mads Mikkelsen Ganti Johnny Depp Dalam Fantastic Beast 3

Warner Bros. Pictures telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Mads Mikkelsen akan menggantikan pelakon Johnny Depp sebagai watak penyihir gelap jahat Gellert Grindelwald dalam filem Fantastic Beasts 3.

Mikkelsen, pelakon dari Denmark ini terkenal dengan lakonannya dalam Rogue One: A Star Wars Story, Hannibal dan Casino Royale akan memainkan watak penyihir gelap di tengah-tengah aksi dalam prekuel Harry Potter yang sepatutnya dimainkan oleh Depp.

Sumber: New York Post

Depp telah memulakan debutnya sebagai Grindelwald pada akhir filem Fantastic Beasts yang pertama, tetapi telah memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam Fantastic Beasts 2 yang kemudiannya menggambarkan perkembangan sihir. Namun begitu, pada 6 November, Depp dalam satu hantarannya di Instagram milik peribadinya mengumumkan bahawa dia telah diminta oleh Warner Bros. untuk mengundurkan diri dari peranan tersebut.

Awal bulan ini, Depp telah kehilangan saman fitnah terhadap penerbit akhbar The Sun atas dakwaan penerbitan mereka yang menggelar Depp adalah ‘wife beater‘. Dalam menulis pemergiannya dari Fantastic Beast 3, Depp juga turut memberitahu bahawa dia merancang untuk meneruskan perjuangannya dalam mempertahankan dirinya dari difitnah.

Sumber: Finance Rewind

Filem Fantastic Beast 3 bakal ditayangkan pada 15 Julai 2022 bakal menampilkan barisan pelakon Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler dan Ezra Miller kini sedang di bawah produksi Warner Bros. Studios Leavesden, berdekatan London.

“Dua filem pertama Fantastic Beast telah dilancarkan pada tahun 2016 dan 2018, dan rancangan filem akan mempunyai keseluruhan lima prekuel,” menurut pencipta JK Rowling.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca