Dalam sesuatu perhubungan, tidak semestinya perempuan yang asyik merajuk jika berlaku perselisihan faham. Kadang-kadang, lelaki juga tidak kalah dalam merajuk misalnya tak nak senyum, diam saja atau lebih rela pandang dinding daripada muka awek.
Walaupun lelaki dan ego berpisah tiada, namun hatinya mungkin masih ada taman tasik, taman bunga mahupun Taman Negara. Ini antara cara yang boleh anda cuba bagi memujuk pasangan:
1. Meminta maaf macam biasa atau cara yang manis seperti menyanyi sambil petik gitar, ukulele, buat kad dan menulis puisi maaf sampai dia tersenyum.
2. Biarkan dia melepak bersama kawan-kawannya atau jangan ganggu masa dia untuk diri sendiri.
3. Lelaki perokok biasanya merokok bagi meredakan tekanan, cuba bagi gula-gula Hacks (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) kepadanya pula.
4. Mengambil hatinya melalui perut dengan memasak atau belikan makanan kegemarannya.
5. Layan dia bersembang tentang topik kegemarannya misalnya Liga Inggeris, Liga Eropah atau Liga Malaysia walaupun anda tak kenal pun Messi tu yang mana satu.
Jika semua cara di atas tidak jalan, gunakan senjata terakhir iaitu merajuk bersama-sama. Tengok siapa pujuk siapa pula selepas ini.