Macam Lukisan! Ini 5 Tempat Yang Menakjubkan

Jika anda seorang yang gemar melancong ke luar negara, pasti anda sudah mengunjungi banyak tempat menarik yang diceritakan di dalam media sosial. Sebelum membuat keputusan pasti akan mencari di mana lokasi yang ingin di tuju.

Tahukah anda terdapat tempat yang sangat cantik dan ia merupakan kawasan terpencil yang ramai tidak tahu?

Berikut adalah 5 tempat yang mampu buat anda tergamam:

1. Lofoten Islands, Norway

Jika anda ingin melihat kecantikan Norway, Lofoten Island adalah tempatnya. Di sini juga terdapat muzium Viking dan boleh belajar budaya orang Viking. Pada musim sejuk, pemandangan sangat cantik apabila munculnya aurora.

2.Aogashima, Jepun

Pulau ini adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif dan terdapat penduduk di sana. Pulau ini mempunyai 200 orang penduduk dan ia sangat jauh dari tanah besar. Ramai pelancong tidak dapat mengunjungi pulau yang cantik ini kerana ia merupakan salah satu pulau yang sangat susah untuk ke sana.

3.Zhangye Danxia Landform, China

Pergunungan ini sangat cantik dan berwarna-warni. Ia dikenali sebagai gunung pelangi. Pada hari hujan, pergunungan ini akan berubah warna. Kawasan ini dikenakan bayaran masuk. Jika anda mengunjungi tempat ini, sediakan wang yang secukupnya.

4.Huacachina, Peruvian Desert, Peru

Tempat ini dikenali sebagai salah satu kawasan di tengah-tengah padang pasir yang paling cantik di dunia. Tempat ini memiliki tanah yang subur, tumbuhan yang menghijau dan air. Memang wajib dilawati jika ke Peru.

5.Tianzi Mountain Nature Reserve, Wulingyuan, China

Kawasan semula jadi ini dikenali sebagai rumah pergunungan yang cantik. Pergunungan ini sangat tinggi kerana diselubungi awan. Kawasan ini membentuk satu landskap yang sangat cantik di dunia.

Jika anda mengunjungi tempat yang jauh dari kesibukan kota, anda bukan saja dapat menenangkan jiwa malah melihat kebesaran Allah SWT.

Artikel Lain Untuk Di Baca