Penghasilan merchandise dalam kalangan selebriti tidak kiralah luar negara mahupun tempatan memang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Para peminat selalunya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan merchandise selebriti kesayangan mereka untuk dijadikan sebagai koleksi.
Terbaharu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sudah menempa nama lebih dua dekad dalam industri hiburan tanah air juga turut tidak ketinggalan untuk menghasilkan merchandise. Namun begitu, belum sempat dijual, merchandise tersebut telah menerima kritikan hebat daripada para peminat yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai rekaan tangkap muat dan lapuk.

Semalam, penyanyi yang lebih mesra disapa Tok Ti itu telah berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya bagi menguar-uarkan tentang merchandise yang terdiri daripada dua rekaan hoodies dan Jurnal Manifestasiti Diri. Walau bagaimanapun, penyanyi yang berusia 41 tahun itu memilih untuk memadam hantaran tersebut selepas menerima kritikan hebat di ruangan komen.

Tinjauan kami di Twitter mendapati ada pengguna yang sempat menangkap layar hantaran tersebut dan memuat naiknya di laman sosial itu. Malah, ada yang tampil menawarkan khidmat untuk menghasilkan merchandise baharu untuk Tok Ti.
Salam @CTNurhaliza11 nak kami design & produce merchandise official tak? Kami tengok design yang ada buruk & tak menarik. Boleh roger, kesian kami tengok penyanyi no.1 Malaysia punya merchandise macam ni. pic.twitter.com/lMsNrnGwXH
— Section Worldwide™ (@sectionxsection) September 10, 2020
“Kami tengok rekaan yang ada buruk dan tak menarik. Boleh roger, kesian kami tengok penyayi nombor satu Malaysia punya merchandise macam ini,” tulis akaun Section Worldwide.
Drama jam tujuh petang bermula apabila ada pengguna laman sosial itu mengecam tindakan peniaga terbabit yang memburukkan orang lain sambil mempromosikan khidmat sendiri.
Aduh pakai keyword keberkatan pulak. Confirm nak menang lah tu. Apa-apapun design tu buruk. https://t.co/YwootWj1oR
— Section Worldwide™ (@sectionxsection) September 10, 2020
Buruk. Fullstop. https://t.co/mVmxW2MkIB
— Section Worldwide™ (@sectionxsection) September 10, 2020
Section Worldwide bagaimanapun tampil membidas dakwaan tersebut dan tetap dengan pendirian mereka bahawa rekaan merchandise Tok Ti itu buruk.
Tbh, im a lil disappointed with the design.. Seolah2 mcm gunting gmbr tokti lepas tu tampal and then siap.. I know nnti tokti akn ckp ni team professional dia yg buat krja.. But honestly i don't see any big effort in the designing area.. 😔😔
— 𝐚𝐥𝐞𝐩𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 (@alephwang) September 10, 2020
Tinjauan kami di ruangan komen hantaran asal Section Worldwide itu mendapati ramai yang bersetuju bahawa rekaan tersebut bukanlah yang terbaik dan jauh tersasar daripada jangkaan para peminat.
Is thiz iklan deodorant? Maigod. Wattt izzz thisssssssz. 🤦♀️ pic.twitter.com/wiWYzbPTNF
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) September 9, 2020
Tidak cukup dengan itu, ada yang menyifatkan gambar Tok Ti pada salah satu rekaan hoodies tersebut seolah-olah iklan deodoran.
So true, we also expecting this. Kalau lawa mg snggup lah belu even it cost us an Iphone. Wont mind at all, as long exclusive design lah
— Kipas Siti (@CT_Voter) September 10, 2020
Ada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Kipas Siti mengatakan mereka sanggup membeli merchandise penyanyi pujaan ramai itu meskipun harganya setanding dengan telefon pintar keluaran Apple, iPhone yang mencecah ribuan ringgit. Katanya, asalkan rekaan itu eksklusif.
Yeah.. pihak SNP hold dulu jualan hoodie Siti Nurhaliza untuk membuat design baru… Harap Lagi gempak & exclusive design hoodie tokti..
— Saufie Tamdjis (@sopietamdjis) September 11, 2020
Kita tunggu kputusan minggu Depan.. Harap Sitizoners & netizen sabar tunggu ya…
Dalam pada itu, wakil daripada kelab peminat Tok Ti atau lebih dikenali sebagai Siti Zoner ada memberitahu bahawa pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) akan tampil dengan rekaan baharu tidak lama lagi susulan reaksi negatif daripada orang ramai tentang rekaan sebelum ini. Ia dijangka akan dikeluarkan pada minggu hadapan.
Apa-apa pun, diharapkan agar rekaan baharu itu dapat memuaskan hati semua peminat dan laku keras.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah: