Macam Hotel, Ini 3 Penjara Paling Pelik Di Dunia

Setiap negara mempunyai penjara. Penjara dibina bagi menempatkan pesalah menjalani hukuman kesalahan yang mereka lakukan. Hukuman penjara akan ditentukan oleh pihak mahkamah mengikut proses-proses tertentu. Penjara digambarkan seperti sebuah bilik yang bersaiz kecil.

Terdapat beberapa negara mempunyai penjara yang pelik. Berikut kongsian tiga penjara paling pelik di dunia:

1. Penjara Halden, Norway

Penjara ini dikenali sebagai penjara paling berperikemanusiaan kerana nampak seperti hotel. Penjara ini menyediakan kemudahan seperti menonton televisyen, bermain permainan video dan bermacam-macam lagi. Penjara ini menempatkan banduan yang ganas seperti perogol, pembunuh, penculik dan sebagainya tetapi pegawai penjara kebanyakan tidak memiliki senjata.

2. Penjara San Pedro, Bolivia

Penjara ini sangat unik kerana diuruskan oleh banduan. Penjara ini seperti kawasan perumahan yang besar dan mempunyai kemudahan seperti restoran, kedai dan kilang menghasilkan dadah. Apa yang peliknya adalah kebanyakan banduan dipenjara kerana terlibat dalam dadah. Banduan baru akan dikenakan bayaran untuk tinggal di dalam bilik penjara dan banduan yang lain juga dipaksa membayar yuran untuk berada di sana. Jika tidak mempunyai wang, banduan akan tidur di kaki lima atau luar bangunan.

3. Penjara Aranjuez, Spain

Penjara ini dibina untuk banduan yang berkeluarga. Ia dibina supaya banduan yang mempunyai anak boleh berhubung dengan anak mereka. Banduan akan diberi bilik yang dihias dengan perabot untuk kanak-kanak. Tetapi apabila anak mereka berumur tiga tahun, mereka akan dipindahkan ke penjara biasa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca