Setiap kali menghampiri bulan Ramadan, orang ramai sangat menantikan voice over bisikan daripada satu jenama kurma yang pasti akan keluar di corong radio dan televisyen. Seorang influencer terkemuka di Malaysia kerap kali menjadi perbualan hangat di media sosial kerana dikaitkan dengan voice over bagi video iklan kurma tersebut walaupun beliau tidak berkait sama sekali dengan mana-mana projek yang dihasilkan di bawah jenama itu.
Khairul Anuar Azmi, atau lebih dikenali sebagai Nuar, terus digelar Abang Kurma sehingga kini dan telah menarik perhatian ribuan orang menerusi rakaman video voice over beliau yang sering dikongksikan di media sosial.
Baru-baru ini, Nuar telah memuat naik sebuah video di platform Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok beliau yang berjaya meraih hampir 130,000 tontonan umum.
Menjelang Ramadan 2022 ini, Nuar mencuri tumpuan dengan penampilannya bersama brand kurma baharu di bawah nama DUA DATES yang baru sahaja dilancarkan pada 2 Februari lalu.
Dahulunya dikenali sebagai Aswadan yang mula diperkenalkan sejak enam tahun lepas, produk kurma premium dari Madinah ini berubah wajah untuk membawa imej yang lebih eksklusif dalam pasaran Malaysia.
Disertakan bersama enam pilihan kurma dengan keistimewaan yang tersendiri, Dua Dates pastinya memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Bukan sahaja sedap dan berkualiti, kurma Dua Dates mengutamakan nutrisi dalam pemakanan selari dengan tagline brand mereka, “Eat Dates, Feel Great!”
Ia didatangkan dalam dua bungkusan iaitu secara ziplock packaging bagi 250g dan box packaging bagi 500g. Uniknya bagi box packaging Dua Dates ini ialah terdapat lubang khas pada kotak yang direka sebagai tempat letak biji kurma. Jadi, ia mudah dibawa dan dimakan di mana-mana sahaja.

Kurma asli dari Madinah ini menjadi sukaan ramai, buat yang Muslim dan juga yang beragama lain kerana khasiatnya yang tinggi dan sangat berbaloi dengan harga jualan. Untuk pengetahuan umum, produk kurma ini telahpun peroleh sijil halal dari JAKIM.
Istimewa sempena Ramadan 2022, Dua Dates berkolaborasi dengan Abang Kurma bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk jana pendapatan sampingan dengan menjadi ejen dan stokis bagi jenama produk ini. Peluang lumayan ini disertakan dengan tawaran diskaun pembelian dan promosi spesial buat early bird.
Pakej Jana Pendapatan Bersama Dua Dates
1. Dropship
Potensi meraih pendapatan daripada RM500 sehingga RM1,500.
2. Ejen
Potensi meraih pendapatan daripada RM2,000 sehingga RM5,000.
3. Stokis
Potensi meraih pendapatan daripada RM5,000 sehingga RM15,000.
Bukan itu sahaja, segala bahan untuk jualan dan pemasaran produk juga akan disediakan. Jadi, apa tunggu lagi? Dengan modal bermula RM300, anda boleh raih pendapatan lumayan dengan potensi keuntungan lebih berbaloi daripada kos yang dikeluarkan.
Tambahannya pula, kurma merupakan produk yang sangat laris dan menerima permintaan tinggi di Malaysia. Setiap tahun, peratus pasaran kurma di Malaysia terutamanya pada bulan puasa meningkat dengan kadar mendadak atas sambutan ramai.
Peluang keemasan ini perlu diambil untuk jana pendapatan khususnya buat anda yang sedang mencari cara membuat side income mudah menjelang Ramadan tahun ini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai stokis, ejen, atau droship kurma Dua Dates, anda boleh klik SINI untuk sertai support group Telegram mereka atau join menerusi pautan di bawah:
Telegram: https://t.me/+zXas2qkg0jVmMmY1
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh salurkan ke media sosial rasmi Dua Dates atau boleh terus hubungi mereka menerusi website yang tertera:
Facebook: https://www.facebook.com/duadatesofficial
Instagram: https://instagram.com/duadatesofficial
Website: https://www.duadates.com/
Jemput klik pada pautan di bawah untuk baca artikel-artikel berkaitan: