“Maaflah Jika Abah Ini Menggunakan Rotan.” – Seloroh Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini Dikecam Warganet

Semalam, kita dikejutkan dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang mendadak iaitu sebanyak 691 kes. Ramai pihak yang mempersoalkan adakah akan berlakunya kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Persoalan ini terus menjadi tanda tanya apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan siaran langsung perutusan khas situasi semasa COVID-19 pada jam 6 petang semalam.

Walau bagaimanapun, perutusan khas yang dilakukannya semalam menjelaskan bahawa PKP akan dilaksanakan secara bersasar di kawasan yang diisytiharkan zon merah.

Beliau juga memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila beliau yang menggelarkan dirinya ‘Abah’ itu sempat berpesan dan berseloroh kepada mereka yang tidak mematuhi SOP dengan mengatakan “maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan.”

Seloroh daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagaimanapun mengundang pelbagai komen sehingga tanda pagar #MuhyiddinIsOut tular di media sosial.

Rata-rata daripada warganet mengecam dan mengkritik Muhyiddin Yassin dan menganggap bahawa sekarang bukan masanya untuk berseloroh sebegitu memandangkan semalam terdapat seorang bayi berumur setahun meninggal dunia akibat COVID-19.

Sementara itu menurut gambar yang diciap beliau di laman Twitternya hari ini, beliau turut menjelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi dikecam kerana dianggap ‘double standard’ antara rakyat biasa dan Perdana Menteri.

Untuk baca artikel lain berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca