“Lupa Tukar Akaun Ke, Min?”, Instagram Rasmi Tun Mahathir Like Gambar Gadis Ini Curi Perhatian Warganet

Semalam, kecoh di laman sosial Twitter apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Nana berkongsi tangkapan skrin memaparkan akaun Instagram rasmi milik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir meninggalkan tanda suka pada beberapa fotonya.

Perkongsian gadis itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet di mana ia meraih hampir 5,000 tanda suka. Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa tindakan itu bukan dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri tetapi pembantu peribadi yang menguruskan akaun Instagram tersebut.

Memandangkan perkongsian itu menjadi tular dan topik perbualan hangat dalam kalangan warganet, akaun Instagram rasmi Tun Mahathir akhirnya bertindak menarik semula tanda suka yang ditinggalkan sebelum ini (unlike).

Tinjauan kami di ruangan Replies mendapati rata-rata warganet terhibur dengan ‘kesilapan’ yang dilakukan pembantu peribadi Tun Mahathir itu. Berikut kami kongsikan beberapa reaksi daripada pengguna Twitter:

Apa-apa pun, semoga perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat semua khususnya mereka yang memegang akaun media sosial syarikat atau orang-orang ternama.

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang selebriti K-Pop iaitu Choi Siwon yang dikecam hebat warganet gara-gara isu tersalah like. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca artikel tersebut:

Artikel Lain Untuk Di Baca