Lumpuh Bukan Penghalang Kejayaan, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Sendiri Cipta Jenama Minuman Kopi Premium ‘CREEPYKUPI’

Sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah nasib yang menimpa wanita berusia 28 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur ini. Orang kata, pengalaman mematangkan kita. Penulisan ini memetik kisah inspirasi Nana, seorang COVID-19 survivor yang jatuh lumpuh, namun tetap bangkit meneruskan perjuangan hidup dengan mencipta nama dalam bisnes minuman kopi premium di bawah label ‘CREEPYKUPI‘.

Setiap orang berhadapan situasi yang berbeza ketika saat gentir era pandemik COVID-19 melanda dunia. Lazimnya kita lihat di liputan media tempatan, berbagai isu membimbangkan yang dilaporkan saban hari sehingga menjadi norma dalam kalangan masyarakat. Kehidupan sosial semakin tersekat, manakala jurang ekonomi terus meningkat.

Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berleretan pada tahun lalu, Nana berusaha mencari pendapatan sebagai pengasuh kanak-kanak. Di masa terluangnya, dia juga menjalankan perniagaan minuman berasaskan kopi secara sambilan. Tanpa disangka, perkara yang dianggap rutin ini berubah dalam sekelip mata sahaja.

*Perkongsian di atas adalah daripada Nana sendiri dan merupakan cebisan kisah perjalanan hidupnya yang sebenar.

Dugaan berat bagi diri Nana apabila dia dan beberapa ahli keluarga yang lain disahkan positif COVID-19 pada bulan Ogos 2021. Dengan perasaan dan fikiran yang bercelaru, momen gelap ini terus menyelubungi dirinya tidak lama selepas itu.

Detik cemas melanda ketika Nana tiba-tiba rebah di dalam bilik kuarantinnya di rumah. “Waktu tu situasi (COVID-19) teruk sangat. Ambulans penuh, tak dapat nak datang ambil. Kami pergi sendiri ke hospital dengan gelang pink sebab memang kecemasan,” jelas Nana ketika ditemubual oleh Lejen Digital.

Nana yang pada mulanya cuba menahan sebak ketika bercakap kepada Lejen Digital akhirnya gagal menahan air matanya daripada jatuh ketika bercerita tentang situasi yang meninggalkan impak besar ke atas dirinya itu.

Lebih terkesannya lagi, dia disahkan lumpuh separa badan di bahagian kanan anggota dan terlantar selama 12 hari di hospital.

Kongsian daripada Nana dalam keadaan dirinya yang masih terlantar di hospital.

“Saya hilang almost everything.” Pahit mulut menyebut, perit lagi masa depan yang dirasakannya ibarat diragut. Malang tidak berbau, impian Nana terkubur bersama-sama akaun dan perniagaannya akibat peristiwa ini.

Sepanjang terlantar di dalam wad hospital, Nana ditampar oleh realiti hidup yang menimbulkan kesedaran dalam dirinya. “Saya muda lagi. Saya ada banyak benda yang saya nak kejar.” Kekesalan yang dirasai Nana amat mendalam tetapi tidak sejenak pun dia berfikir untuk berputus asa.

Berbekalkan sokongan kuat daripada keluarga dan harapan pada Yang Maha Esa, Nana mengukir semula perjalanan hidupnya pada hari yang ke-13 dia berada di hospital. “Ada sebab, ada hikmah.” Daripada keadaan lumpuh sebahagian badan, Nana usahakan diri ke kerusi roda dan mengikuti rawatan serta nasihat doktor demi kembali pulih.

“Saya banyak baca kisah inspirasi orang lain. Saya cakap kat diri saya, ‘keep going‘ dan ikut je semua nasihat doktor.”

Siapa sangka pengalaman diri sendiri bakal bertukar menjadi sebuah tauladan dan inspirasi buat orang lain juga, kan? Berkat sokongan berterusan daripada keluarga dan sahabat-handai, Nana kembali membina semula bisnesnya yang ‘tergendala’ sejak beberapa lama.

“Semua yang dah terjadi bukan tekanan untuk saya berhenti, tapi ia sekadar ‘cuti sementara’ untuk sekarang saya kembali bangkit lebih kuat dan in sya Allah lebih berjaya.”

Dengan pengalaman berniaga sebelum ini, bisnes Nana kini sudah berkembang daripada produk minuman biasa kepada produk minuman air kopi premium dengan jenamanya yang unik iaitu ‘CREEPYKUPI’.

Walaupun masih belum kembali ‘normal’ sepenuhnya, namun Nana tetap kekal positif dengan progress diri sendiri sehingga ke tahap ini pada tahun 2022. Kekangan fizikalnya tidak menghalang Nana untuk cuba sehabis baik dalam menjayakan perusahaan kecilnya di masa hadapan.

Dilengkapi ramuan minuman yang sedap dan membawa kelainan tersendiri, kopi premium CREEPYKUPI ini didatangkan dengan enam perisa menarik.

Di bawah kami senaraikan keistimewaan CREEPYKUPI daripada segi namanya yang unik, bahannya yang istimewa sehinggalah kepada rasanya yang pada kami berada dalam kelasnya yang tersendiri.

1. Panic Vanilla

Dengan flavour vanilla yang premium ditambah dengan aroma wangian floral, pastinya ‘mouth-watering’ bila diteguk sejuk-sejuk. Teksturnya lebih ringan berbanding rasa kopi lain dan sangat sesuai untuk anda yang menggemari aura yang warm dan gentle. Untuk lebih memuaskan dan enak, padankan bersama aiskrim berperisa sama dan nikmatilah kesegarannya di tekak.

2. Mysterious Mocha

Gabungan coklat dan kopi yang ‘mysterious’ ini akan memberikan rasa yang baru buat anda. Airnya mempunyai tekstur yang agak pekat tapi dengan adanya kombinasi coklat mocha ini, ia menghasilkan flavour yang ekstra padu. Boleh dikatakan minuman ini sangat ‘ngam’ dengan orang yang bercitarasa ‘bold but chill’. Hidangan kopi premium ini sesuai dilengkapkan bersama ais dan whipped cream atau boleh sahaja dinikmati sebagai ‘hot mocha’ di hari dan cuaca yang agak sejuk.

3. Horror Hazelnut

Awas! Rasa hazelnut dengan gabungan coklat ini mampu buat anda ketagih. Keunikan padanan ramuan asli coklat bersama kacang hazelnut menaikkan lagi rasa dan aroma horror hazelnut dalam minuman CREEPYKUPI ini. Mild, sweet and creamy, kombinasi ini sangat sebati dengan pelanggan yang prefer kacang sebagai pilihan citarasa tambahan.

4. Creepy Latte

Minuman berperisa latte dengan keunikan yang tersendiri, creepy latte merupakan salah satu kraf terlaris daripada jenama CREEPYKUPI ini. Kepekatan rasa susu berkrim dengan ramuan rahsianya menghasilkan rasa kopi yang lebih subtle dan tidak terlalu ‘strong’ untuk diminum. Anda boleh pilih untuk menikmatinya secara sejuk atau panas.

5. Frighten Vanilla Latte

Inilah gabungan yang sangat menggiurkan daripada rasa vanilla dan latte. Flavour yang premium ini menghasilkan tekstur ringan apabila diminum. Berbeza dengan namanya, ia memberikan rasa sweet and creamy yang lebih ‘natural’ berbanding perisa latte yang lain. Aromanya juga amat harum yang berjaya menambat sanubari peminum, sekali gus menjadikan ia salah satu best-seller di Kafe Kupi Kita.

6. Weird Chocolate

Aneh pada nama tapi tidak pada rasa. Ramuan pure chocolate dalam minuman ini menjadikan ia perisa pilihan hampir setiap golongan pelanggan, sama ada yang kanak-kanak mahupun dewasa. Kenikmatannya lebih terasa bersama tambahan aiskrim berperisa coklat dan sedikit chocolate syrup. Wow, barulah betul-betul syahdu!

Harga dan Promosi Bundle

i) Harga seunit – RM8

ii) Harga seunit bersama straw glasses – RM10

iii) Harga kombo (dua unit) – RM15 + percuma satu straw glasses

iv) Harga kombo ‘Bundle of 4’ (empat unit) – RM30 + percuma dua straw glasses

v) Pembelian asing bagi straw glasses sahaja – RM2

Anda boleh tonton cara menggunakan straw glasses di bawah untuk nikmati minuman CREEPYKUPI ini dengan lebih syok!

Online Order dan Servis Penghantaran

i) WhatsApp

Pesanan boleh dibuat secara Cash on Delivery (COD) atau melalui servis ‘runner’ mengikut kesesuaian dan jarak lokasi penghantaran. Pelanggan hanya perlu berikan maklumat tertera:

a. Nama

b. Alamat penghantaran

c. Nombor telefon

d. Pilihan deals (jenis perisa bersama jumlah unit/kombo)

Link WhatsApp Business: www.wasap.my/+60169138362

ii) GrabFood

Cari: Kafe Kupi Kita – Pangsapuri 4E

Link: https://food.grab.com/my/en/restaurant/kafe-kupi-kita-pangsapuri-4e-delivery/1-C26ZCTWCC33ULX

Alamat:

22-01-07 Pangsapuri 4E, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waze KAFE KUPI KITA: https://waze.com/ul/hw283dvwhd

Jom sama-sama support Nana dengan mengikuti laman Instagram dan website utama Kafe Kupi Kita di bawah untuk ketahui info lanjut dan sebarang promosi atau perkembangan terkini bagi produk minuman kopi premium CREEPYKUPI ini.

Instagram: https://www.instagram.com/creepykupi/

Website: https://kafe-kupi-kita.business.site/

Baca artikel-artikel menarik di bawah bagi topik berkaitan bisnes dan produk jualan lain untuk anda ikuti:

Artikel Lain Untuk Di Baca