Lulus Temu Duga Dengan Mudah, Ikuti 8 Tips Ini

Setiap orang inginkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi mereka yang sedang mencari kerja atau akan ditemu duga, tips ini boleh membantu anda untuk membuat persediaan secukupnya sebelum ditemu duga.

Berikut merupakan lapan tips mudah untuk lulus temu duga dengan pantas.

1. Menerima panggilan temu duga melalui e-mel

Apabila anda dipanggil untuk temu duga, anda pasti menerima menerima e-mel yang memberitahu anda dijemput untuk menghadiri temu duga.

Ini akan memudahkan urusan anda untuk menyediakan salinan fotostat e-mel. Sediakan sekurang-kurangnya tiga salinan jika berlaku sebarang kehilangan.

2. Membawa dokumen yang lengkap

Kebiasaannya untuk menghadiri temu duga, anda perlu menyediakan borang pekerjaan yang sudah siap bertulis, transkrip, dan salinan yang berkaitan (salinan asal dan juga fotokopi), cover letter (CV) terkini, dan juga gambar passport. Pastikan anda menyediakan lebih daripada yang diminta.

3. Memakai pakaian yang kemas dan sopan

Bagi lelaki, kebiasannya mereka akan memakai kemeja berserta seluar slack. Pastikan anda memakai tali leher dan berkasut warna hitam berkilat.

Manakala untuk perempuan pula, set baju kurung, set baju kemeja, seluar dan blazer atau skirt bawah paras lutut dan blazer.

4. Hadir lebih awal

Hadir 30-60 minit lebih awal dari waktu temu duga. Ini dapat mengelakkan anda daripada mengalami masalah kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

5. Dapatkan maklumat lanjut

Rujuk semula point nombor satu, melalui e-mail ini anda boleh berkomunikasi dengan sumber manusia (HR). Dapatkan maklumat lanjut daripada mereka seperti job description (JD), jawatan yang di temu duga dan nama penuh serta jawatan penemu duga.

6. Lakukan persediaan awal

Dengan menggunakan job description yang diberikan, anda boleh melakukan persediaan untuk menjawab soalan-soalan teknikal dan juga pertanyaan berkaitan karakter anda.

Banyakkan berlatih untuk menjawab soalan-soalan panas secara lancar dalam Bahasa Inggeris. Soalan panas yang lazim adalah, “Tell me about yourself.” Pastikan anda boleh jawab soalan ini dengan lancar selama 3-5 minit.

7. Selidik penemu duga

Menggunakan nama penuh dan jawatan penemu duga, anda boleh stalk mereka di LinkedIn. Melalui cara ini, sebelum temu duga anda sudah tahu latar belakang penemu duga itu dan ramalkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya.

8. Rajin bertanya

Latih diri untuk bertanya soalan-soalan berkaitan industri, syarikat, dan job description. Jangan belum apa-apa lagi, anda sudah sibuk bertanya tentang berapakah jumlah gaji yang anda akan dapat. Sekiranya anda layak dibayar, syarikat akan membayar gaji yang anda harapkan. 

Untuk membaca artikel lain berkaitan tips pekerjaan, sila klik pada pautan di bawah :

Artikel Lain Untuk Di Baca