Luis Figo Tampil Dalam Video Pengenalan Jersi JDT Daripada Nike Untuk Musim 2019

Melalui satu hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, JDT mempamerkan jersi baru untuk musim 2019 kelab bola sepak itu kepada umum. Apa yang menarik, video tersebut menampilkan Luis Figo yang turut memberikan komen tentang rekaan dan rupa jersi baru JDT tersebut.

“Luis, have a look at this!” TMJ memanggil Luis Figo pada minit 2:12, disahut dengan, “I’m coming, my friend.”

Sambil mengangguk dan tersenyum, Luis Figo membalas, “not bad.”

Berikut antara komen daripada warganet tentang video tersebut.

Melalui satu hantaran Facebook yang lain, JDT turut memuat naik video lebih terperinci tentang jersi baru mereka. Jersi berteknologi tinggi tersebut dimaklumkan bukan sahaja akan disarung oleh para pemain skuad Harimau Selatan, malah ia turut akan dipakai oleh para pemain skuad Johor Darul Ta’zim II (JDT II), skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia dan para pemain Akademi JDT. Harga jersi pemain dilaporkan berharga RM549 manakala replika jersi untuk penyokong pula adalah RM185.

Sesuai dengan slogan #AClassAboveTheRest, pendekatan JDT yang menggunakan paparan menarik melalui video dan memperkasakan pengaruh mereka melalui media sosial sebegini wajar dijadikan contoh untuk mana-mana kelab atau pasukan bola sepak Malaysia untuk lebih progresif dan dekat dengan para penyokong.

Apa pendapat anda tentang jersi baru JDT ini? Berbaloikah dengan harga ‘fans issue’ RM185? Pada pendapat kami, jika anda peminat tegar, harga tersebut adalah ‘ok’ sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi memandangkan ia bukanlah perbelanjaan yang dibuat setiap bulan, tetapi setahun sekali sahaja.

Ayuh sama-sama kita doakan dan beri sokongan agar bola sepak Malaysia terus rancak dan meriah pada tahun ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca