Luahan Rindu Bunga Citra Lestari Ini Buat Air Mata Tidak Berhenti Mengalir

Siapa sahaja yang tidak sedih apabila kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi apabila individu itu merupakan insan paling istimewa dalam hidup kita?

Begitu juga dengan penyanyi terkenal dari negara seberang iaitu Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta iaitu aktor Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu.

Bunga baru-baru ini melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul 12 Tahun Terindah di mana ia merupakan luahan perasaannya terhadap suami tercinta.

Lirik lagu 12 Tahun Terindah itu pula merupakan nukilan Bunga sendiri. Bunga menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Ashraf kepada penyanyi berkenaan selama 12 tahun untuk menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya.

Muzik video ini merupakan sebuah karya yang sangat peribadi buat penyanyi itu sendiri kerana ia merupakan kisah cinta pasangan berkenaan. Selain itu, ia turut menceritakan kisah kehidupan Bunga dan Ashraf sepanjang menjadi suami isteri selama 12 tahun.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka selepas mendengar lagu ini:

Video muzik 12 Tahun Terindah menerima 4,900,000 tontonan pada waktu artikel ini ditulis. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Bunga Citra Lestari mengikat tali perkahwinan bersama Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aidan Sinclair pada tahun 2010.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Bunga dan Ashraf, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca