Luahan Pertama BCL Sempena Ulang Tahun Selepas Pemergian Ashraf Bikin Warganet Sebak

Sekian lama menyepi di laman sosial sejak pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari meluahkan isi hati di Instagram bersempena hari istimewa ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada hari ini.

Bunga mengakui amat sukar untuk mengembalikan semangat diri sejak suaminya meninggal dunia, namun tetap kuat bagi meneruskan kehidupan.

“Ini bukan perjalanan yang mudah, tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan. Di hari ulang tahunku ini, aku ingin meminta kirimkan doa-doa untuk Ashraf dan untuk kita semua agar selalu dilindungi dari segala bahaya.

Jaga keselamatan semua, dan tolong duduk di rumah. Marilah kita sama-sama menjaga diri,” tulisnya di Instagram.

Penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terus memberikannya kata-kata semangat dan sokongan selama ini.

Bunga juga turut berpesan kepada peminatnya supaya menjaga diri dan kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, dunia hiburan tempatan dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, akibat serangan jantung.

Untuk membaca artikel berkaitan BCL, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca