Luahan Hati Keluarga Ashraf Sinclair Selepas Genap 2 Bulan Pemergian Arwah

Rindu pada seseorang yang sudah tiada pastinya sangat menyakitkan. Pemergian pelakon Ashraf Daniel Mohamad Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair secara mengejut pada 2 bulan yang lalu memberikan kesan yang mendalam kepada seluruh industri seni hiburan Malaysia dan juga Indonesia.

Apatah lagi pada keluarga arwah iaitu Aishah Jennifer Sinclair, Adam Youssof Sinclair dan juga ibunya Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Dida Sinclair. Pemergian Ashraf yang mengejut pastinya memberi kesan yang mendalam buat mereka semua apabila dilihat masing-masing meluahkan isi hati di laman sosial Instagram milik mereka.

Hubungan ketiga-tiga adik beradik ini memang diketahui sangat rapat. Aishah memang selalu mengunjungi Ashraf, isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah di Indonesia, manakala Adam pula baru sahaja bertemu dengan Allahyarham abangnya itu di New York beberapa hari sebelum Ashraf kembali bertemu Ilahi.

Di Instagram milik Adam, ringkas sahaja apa yang ditulisnya tetapi penuh makna yang mendalam.

“Sudah dua bulan abang pergi. Adam ingin ucapkan terima kasih untuk setiap kali abang membantu Adam, dan Adam tahu lebih daripada beberapa kali.

“Hari ini Adam ceburkan diri dalam sesuatu yang baru. Adam rasa abang akan bangga dengan Adam. Sayang abang Ash setiap masa. Al-Fatihah,” tulis Adam dalam Bahasa Inggeris.

Aishah sebagai adik perempuan juga tidak lupa meletakkan satu posting di Instagram miliknya.

“Genap dua bulan hari ini (18 Februari 2020). Tidak satu hari pun yang berlalu membuat kami lupa pada Abang. Kata mereka, masa akan mengubati, tetapi lukanya tetap sama.

“Aishah terjumpa voicenote abang dalam Google Drive. Mendengar suara abang mengurangkan sedikit rasa kesakitan, tetapi ianya juga mengingatkan Aishah tentang kekosongan di dalam hati yang tak akan dapat dipenuhi sejak kehilangan abang.

“Aishah rindukan abang sangat-sangat. Kalau anda teringatkan abang saya, tolong sedekahkan Al-Fatihah dan doa buatnya. Terima kasih,” tulis Aishah dalam Bahasa Inggeris.

Tidak lupa juga ibu kepada Allahyarham Ashraf yang lebih dikenali sebagai Dida Sinclair turut berkongsi perasaan di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum wbt. Al-Fatihah. Sudah dua bulan sejak Almarhum Ashraf meninggalkan Bunga, Noah dan kami semua. Kami tidak pernah berhenti berdoa dan membaca surah Yasin untuk Allahyarham dan buat kami di sini, untuk meneruskan hidup baru tanpa dia di sisi.

“Untuk kami redha yang dia sudah kembali ke Rahmattullah dan untuk kami sentiasa ada buat Bunga dan Noah, melihat dia membesar sebagai anak yang soleh dengan sokongan keluarga Sinclair dan keluarga besar di Jakarta.

“Semoga Allah SWT mengampunkan doa Almarhum dan menjaganya seperti mana Dia menjaga kami di sini. Semoga Bunga dan Noah sentiasa mencintai Ashraf, menghargai tingkah lakunya yang positif dan meneruskan hidup dengan gembira, penuh kesyukuran dan sentiasa memberi yang terbaik.

“La illaha illa anta subha naka inni kuntu minazzorlimiin. Aamiin. Terima kasih semua atas doa, sokongan dan ucapan dan semoga anda dikurniakan balasan yang baik daripada Allah SWT. Aaminn. Wasallamualaikum wbt. Al-Fatihah,” tulis Dida juga dalam Bahasa Inggeris.

Selain mereka bertiga, penyanyi Yunalis binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang merupakan isteri kepada Adam juga dilihat turut berkongsi luahan rasa buat Allahyarham Ashraf di Instagram miliknya.

Menurut Yuna, mereka sekeluarga masih tidak percaya bahawa Ashraf telah pergi buat selamanya. Malah, Yuna tidak menyangka berpeluang menghabiskan masa bersama dengan Ashraf dan Bunga di New York sebelum Ashraf dijemput Ilahi.

Tambah Yuna lagi, Ashraf merupakan seorang abang yang cukup penyayang yang sering menjadi pendorong dan penguat semangat buat dirinya dan suami saat mereka memerlukannya.

View this post on Instagram

Dear Abang Ash, it’s been 2 months, we still can’t believe you’re gone. I look at these pics and I can’t believe we were given that chance to hangout with you in NY, one last time. I sometimes think about you and @bclsinclair coming to LA, hanging out with us like that was going to happen again. I was always looking forward to Ash and Bunga’s random trip to LA. We’d always be on standby when that happens. Ash, you were right man. Covid19 is no joke. We’ll never make fun of your masks again- when Adam puts it on now I always remember when he made fun of you at the airport for wearing them. You would’ve enjoyed seeing him wearing one now LOL. Ash, he misses you so much!! My favourite memory of you guys is still Disneyland. We were exhausted & by the end of the day on our drive home I could see you, Bunga & Noah passed out in the backseat with all your mouths open- That was priceless!! What an honour it was to have you as my brother in law. You were always such a cool dude!! Always lookin sharp. Always knowing something we don’t. Always working on something. You carry yourself in a way that no one can ignore your presence. A great public figure & a role model to all. A wonderful son, brother, husband to Bunga, dad to Noah. The truth is Ashraf, you are so so loved that we are still so confused that you’re gone. Still in shock. And still struggling to let you go. But we know we have to, and settle for pictures, videos and memories. I remember when I was having trouble with work & we were all talking about it in our apartment. You gave me all this advice and right before you guys left for LAX, you turned around and said “Never let anyone lowball you. You are so valuable because there is only one Yuna.” I never had a brother, Ash. But what a perfectly brotherly thing to say to me when I needed it the most. You gave me & Adam a hug, and left. What a rockstar. I want you to know that now.. we pay it forward. You were always lookin out for us. Now, we’re lookin out for others. We miss you & love you Ash, we never stop praying for you. We’ll continue driving Bunga & Noah anywhere they want in LA anytime. Don’t u worry, your littlest sis gotchu. Al-Fatihah ❤️

A post shared by Y U N A (@yuna) on

Allahyarham Ashraf Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020. Ashraf turut meninggalkan seorang balu, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah buat Bunga Citra Lestari dan seluruh keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Untuk membaca artikel lain mengenai pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca