Luahan ‘Abang Posmen’ Ini Bikin Warganet Kecewa Dengan Pos Malaysia

Selain daripada petugas barisan hadapan, rakyat Malaysia turut mengangkat posmen sebagai wira mereka sepanjang pihak kerajaan kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini demikian kerana online shopping sudah menjadi satu normal baharu buat rakyat Malaysia. Syarikat kurier seperti Pos Malaysia juga tidak ‘menang tangan’ menerima parcel pelanggan dengan menyaksikan jumlah bungkusan yang diterima oleh mereka berlipat kali ganda sepanjang PKP.

Walau bagaimanapun, satu hantaran pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Masakan Utara Barat baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai.

“Ya Allah, sedihnya. Ini bukan cerita rekaan tetapi kisah benar. Posmen ini menerima satu panggilan selepas dia hantar surat dan barang yang dibeli dalam talian kepada saya.

Dia terus duduk termenung di situ dalam keadaan basah lencun selepas menjawab panggilan berkenaan. Dia akhirnya membuka cerita selepas menerima soalan yang sama berulang kali daripada adik saya.

Dia menerima panggilan tersebut daripada rakannya yang memaklumkan mereka tidak akan menerima bonus pada tahun ini. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka menerima bonus sebanyak RM1,000 pada tahun lalu tetapi tahun ini pula adalah sebaliknya. Kerja semakin banyak tetapi bonus pula tidak ada.

Abang posmen itu sangat berharap dapat menerima bonus tersebut kerana dia perlu menanggung ahli keluarganya selepas bapanya meninggal dunia tiga tahun lalu. Sekurang-kurangnya, dia boleh membayar hutang motosikal dan rumah sewa dengan bonus tersebut,” tulisnya.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet bersimpati dengan nasib abang posmen yang sentiasa kerja keras tanpa mengenal penat lelah:

Dalam pada itu, Pos Malaysia ternyata menjadi bualan ramai sehingga ia trending di laman Twitter pada waktu artikel ini ditulis.

Apa-apa pun, semoga Pos Malaysia dapat menemui jalan penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan posmen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca