Luah Hasrat Mahu Beli Syarikat Coca-Cola, Elon Musk Mahu Kembalikan Semula Kokain Dalam Minuman Itu

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk yang sebelum ini telah mengejutkan orang ramai apabila Twitter menerima tawaran Elon Musk untuk membeli dan mengambil alih syarikat media sosial tersebut pada harga $44 bilion (RM191,994 bilion).

Pada 28 April, Elon Musk telah membuat satu lagi kejutan dengan menyampaikan hasrat besarnya iaitu ingin membeli syarikat Coca-Cola.

Menerusi hantaran Twitter Elon Musk lagi, dia ingin mengembalikan semula ramuan kokain dalam air minuman berkarbonat yang terkenal di seluruh dunia.

Perkara ini telah menimbulkan topik hangat di Twitter dan terdapat segelintir daripada mereka mengalu-alukan perancangan Elon Musk terhadap minuman tersebut.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tidak lama selepas itu, Elon Musk memuat naik lagi ciapan dengan secara berseloroh dia ingin beli McDonald’s pula tetapi menyangkal idea tersebut kerana merasakan perkara itu sangat mustahil.

Elon Musk sangat terkenal dengan berkongsi kenyataan yang luar jangkaan di sosial media tanpa risaukan reputasi dirinya.

Terdahulu Elon Musk pernah menjual saham Tesla Inc bernilai $1.02 bilion (RM4.2 bilion) selepas bertanya pengikutnya di Twitter sama ada dia patut menjual sebahagian sahamnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca