LOKO Band Jadi Kegilaan Para Gadis, Siapakah Mereka?

Masih ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan kumpulan muzik ini. LOKO merupakan sebuah kumpulan muzik indie dari Shah Alam yang dibentuk semula pada tahun 2013 oleh sekumpulan remaja yang berkongsi matlamat dan minat dalam bidang muzik.

Sebelum ini, kumpulan ini mempunyai beberapa orang ahli. Kini, LOKO terdiri daripada 3 orang ahli yang juga merupakan pengasas kumpulan ini iaitu Aliff (lead), Aiman (bass), Aqil (drum) dan kemunculan ahli baru yang dialu-alukan iaitu Ashrafiqal (vokal dan irama).

Kumpulan ini dipengaruhi oleh artis-artis indie yang terkenal seperti Hujan, Arctic Monkeys, Nirvana dan ramai lagi. Tujuan kumpulan ini ditubuhkan adalah untuk berkhidmat kepada industri muzik dengan menghasilkan muzik asal yang berkualiti. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman mereka kepada dunia serta menghasilkan muzik agar semua pendengar boleh bersatu.

Untuk mengetahui genre muzik yang disampaikan oleh LOKO, anda boleh mendengar single terbaharu mereka iaitu Pujaan Hati dan Untuk Dia di corong-corong radio dan juga di Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox serta YouTube.

Penulis

  • Hanis Izzatul Aryani Faizan adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca