“Liverpool Tidak Layak Bergelar Juara Jika EPL Dibatalkan.” – Alan Shearer

Legenda bola sepak England, Alan Shearer berpendapat bahawa ia adalah tidak adil sama sekali sekiranya kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) diberikan kepada Liverpool jika liga itu dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan.

Sehingga kini, kesemua perlawanan bola sepak di England terpaksa ditangguhkan sehingga 4 April 2020 memandangkan terdapat beberapa orang pemain dan staf kejurulatihan disahkan positif wabak tersebut.

Untuk rekod, skuad yang terkenal dengan julukan The Reds itu cuma memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk bergelar juara mutlak pada musim ini.

Menurut Shearer yang juga merupakan bekas penyerang Newcastle, dia yakin bahawa pembatalan saingan EPL pada musim ini adalah jalan penyelesaian terakhir yang bakal diambil.

“Setiap sudut perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan. Terlalu banyak cadangan dan pandangan yang disuarakan tetapi kita masih belum membuat kata putus,” kata Shearer.

“Sesuatu keputusan yang mengejutkan ramai pihak sekiranya saingan liga dibatalkan dan semestinya tiada pemenang dan tiada yang tewas,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Shearer berasakan ia sangat tidak adil sekiranya kejuaraan liga diberikan kepada skuad pimpinan Jürgen Klopp meskipun secara logiknya, tiada pasukan lain yang mampu mengejar kutipan mata mereka.

“Jika saingan belum tamat, sudah tentu tiada kejuaraan dan penyingkiran,” kata Shearer.

Dalam pada itu, legenda Liverpool iaitu Kenny Dalglish pula berpendapat bahawa pembatalan saingan liga merupakan sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

Terdahulu, Klopp ada mengeluarkan satu kenyataan di mana dia berpesan agar peminat bola sepak tidak perlu terlalu taksub dengan sukan itu tetapi perlu mengutamakan kesihatan diri sendiri terlebih dahulu. Tindakan jurulatih Liverpool itu telah menerima pujian ramai termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca